PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-12-17 06:11:05
Seperti yang kita tahu selalunya kerang akan dimasak dengan sambal atau dimakan rebus dan dicicah sos. Tetapi pada hari ini kami ingin sajikan kepada anda resepi yang istimewa iaitu resepi rendang kerang pedas yang cukup menggiurkan. Boleh dibuat makan dengan nasi lemak atau pun dicicah pulut dan ketupat.
Resepi ini dikongsikan oleh Aezach Ar di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook. Memang berbaloi untuk anda cuba resepi rendang kerang ni. Cara masak nya yang mengikut versi kampung dan pekat serta sedikit kering melekat pada isi kerang memang cukup sedap untuk mengenyangkan dan memuaskan perut sesiapa saja.
Kredit: Aezach Ar
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Kredit: Aezach Ar
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak.
2. Masukkan santan, biarkan merenih dengan api perlahan.
3. Masukkan kerisik dan asam keping dan reneh sampai pekat.
4. Masukkan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan kemudian perasakan garam dan gula.
5. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam.
Kredit: Aezach Ar
Selamat Mencuba
Kredit: Aezach Ar
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…