Categories: Tips & Petua

Tip Cantikkan Balik Santan Beku, Memang Tak Berketul Dalam Masakan

Santan beku berketul? Jangan risau, mari MyResipi kongsikan cara cairkan santan beku supaya tidak berketul dan boleh masak seperti biasa.

Secara umumnya, rakyat Malaysia akan membeli santan dalam beberapa bentuk, sama ada santan segar atau santan kotak.

Baca juga: Santan Basi Jangan Dibuang! Boleh Buat Minyak Kelapa Dara

Di kampung, santan segar sudah tentu menjadi pilihan utama. Tetapi bagi mereka yang tinggal di bandar besar, walaupun sukar untuk mencari pokok kelapa, santan kotak sudah tentu satu-satunya pilihan yang ada.

Isu utama bagi mereka yang menggunakan santan kotak ialah cara menyimpan baki santan kotak. Kalau salah simpan, santan mungkin rosak. Kalau letak dalam peti ais, santan akan beku dan melekit.

Kalau nak guna semula nanti, santan tak nampak sedap dan boleh merosakkan juadah yang ingin disediakan. Lagi-lagi kalau nak buat dessert macam puding atau jeli.

Ada juga yang berasa risau dengan tekstur santan yang telah berubah rupa sehingga membuangnya. Malah santannya masih boleh digunakan dan rasanya sama seperti baru dibuka.

Atas sebab ini, santan kotak kurang popular di kalangan pengguna, sedangkan produk ini adalah sama seperti santan dibungkus dalam bekas yang berbeza.


CARA CAIRKAN SANTAN BEKU

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, Wan Nor Hasni (@wannorhasni) kongsikan tips cara ‘cantikkan’ santan yang menjadi beku dan berketul selepas disimpan di dalam peti sejuk.

Cara-caranya:

1. Tuangkan santan yang telah berubah tekstur ke dalam mesin pengisar dan tambahkan air panas ke dalam mesin berkenaan.

2. Seterusnya, kisar campuran santan tersebut dengan air panas sehingga sebati. Hasil akhirnya, anda dapat melihat bahawa santan yang asalnya memiliki tekstur yang berketul kembali kepada bentuk asal.

Video penuh:

@wannorhasni

Tips cantikkan santan kotak yg disimpan dalam peti ais. Ada tips lain x? share kt komen 🤗 #MyFoodie #cheftiktok #growontiktok #jombelajar #tipsmasak

♬ оригинальный звук – annetida


Semoga mencuba tip yang dikongsikan ini. Tidaklah membazir jika dibuang begitu sahaja.

Sumber: TikTok Wan Nor Hasni

Baca juga: BEZA Santan Segar, Santan Kotak & Serbuk Santan Ketika Masak

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

13 hours ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

16 hours ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

16 hours ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

16 hours ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

16 hours ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

17 hours ago