Categories: Tips & Petua

Cara Buka Penutup Botol Ketat Tanpa Air Panas, Sekejap Je Dah Terbuka!

Sesiapa pun akan hadapi masalah botol yang kedap udara dan sukar dibuka, jadi anda perlu belajar cara buka penutup botol yang mudah.

Bukan setakat buat kita hilang mood semasa memasak, malah penutup botol yang sukar dibuka boleh menjadikan kita bertambah stres dibuatnya.

Lebih-lebih lagi apabila kita sudah lapar dan nak cepat, mesti rasa nak marah jika tak berjaya buka penutup botol yang kedap udara ini.

Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!

Biasanya makanan seperti jem dan sos yang menggunakan botol berkedap udara dan tak dinafikan penutupnya memang sukar dibuka bagi memastikan isinya tahan lebih lama.

Sesetengah orang menyiram penutup dengan air panas atau rendam terus supaya ia mengembang dan mudah dibuka, tapi bagaimana jika tiada air pada waktu yang diperlukan?

Melalui perkongsian video di TikTok, mrichib telah tunjukkan cara buka penutup botol yang terlalu ketat dengan hanya menggunakan alatan di dapur saja. Jom kita tengok caranya!

CARA BUKA PENUTUP BOTOL KETAT

1. Pastikan sekurang-kurangnya ada pisau mentega. Jika tiada, boleh guna sudu atau garfu.

2. Seterusnya, masukkan hujung pisau mentega di bawah penutup botol.

3. Selepas itu, terus lalukan di bawah penutup botol sambil mencungkil.

4. Kemudian, buat terus untuk cari spot yang sesuai dan anda akan terdengar bunyi seperti ‘pop’.

5. Setelah itu, anda boleh buka penutup botol seperti biasa dengan mudah. Siap!

Cara buka penutup botol ini amat berguna untuk dipraktikkan ketika tiada air panas, terutama apabila anda berada di luar seperti berkelah, barbeku, berkhemah dan sebagainya.

Jika ditanya kepada orang lain, kami yakin ramai akan jawab bahawa mereka sering membukanya dengan menggunakan air panas.

Selepas tahu cara ini, tak perlulah anda sediakan air panas lagi untuk membukanya. Jangan lupa untuk kongsikan tips ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: mrichib

Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

4 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

5 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

6 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

9 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

9 hours ago