Categories: Resipi

Cara Buat Sendiri Tomyam Macam Di Bangkok, Guna 2 Pes Ini Confirm Sedap Tak Terkata!

Tomyam memang antara sup Thai yang paling digemari ramai. Rasa pedas, masam dan wangi dia memang boleh buat sesiapa pun berselera. Walaupun nampak macam susah, sebenarnya cara buat tomyam tak rumit mana pun.

Dengan bahan-bahan yang lengkap dan langkah yang betul, sesiapa pun boleh masak tomyam sendiri di rumah. Kalau suka tomyam yang lebih pedas, lebih masam atau lebih berlemak, semuanya boleh disesuaikan ikut cita rasa masing-masing.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan resepi tomyam ala Bangkok yang mudah, tapi rasa dia tetap macam makan dekat restoran Thai. Jom cuba masak nanti ya!

Baca juga: Resipi Daging Bakar Danok Yang Juicy & Padu, Siap Dengan Sos Thai ‘Power’!

CARA BUAT TOMYAM ALA BANGKOK

Bahan-bahan:

  • Air secukupnya
  • Pes tomyam penutup putih
  • Thai cili paste penutup biru
  • Air
  • Jus limau nipis
  • Thai fish soy sauce
  • Gula kabung Thai
  • Serai
  • Lengkuas
  • Bawang putih
  • Daun limau purut
  • Cili padi
  • Akar daun ketumbar
  • Hirisan daun ketumbar
  • Susu cair
  • Garam dan gula pasir secukuprasa
  • Penambah rasa
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Sotong
  • Udang lipan
  • Bunga kobis
  • Lobak merah
  • Jagung muda

Cara memasak:

  1. Tuangkan air secukupnya ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan air mula mendidih.
  2. Masukkan serai yang dititik, lengkuas yang dihiris, bawang putih, bawang merah, pes tomyam penutup putih, Thai cili paste penutup biru dan akar daun ketumbar. Bahan-bahan ini penting untuk menaikkan aroma tomyam.
  3. Apabila kuah sudah mendidih dan aromanya keluar, masukkan sotong dan udang lipan.
  4. Masukkan juga sayur-sayuran seperti bunga kobis, lobak merah dan jagung muda. Masak hingga makanan laut dan sayur lembut.
  5. Seterusnya, tambahkan gula kabung Thai, susu cair, jus limau nipis, sos ikan Thai, garam dan gula pasir secukup rasa.
  6. Kemudian, masukkan cili padi dan daun limau purut untuk rasa pedas dan bau wangi yang lebih menyengat.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar. Kacau sekejap dan padamkan api.
  8. Tomyam Bangkok ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Fienaz Shafie

Baca juga:

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago