Categories: Resipi

Resipi Mi Kuah Padu, Cara Masak Ringkas Tapi Rasa Dia Tak Main-Main!

Seorang pengguna Facebook bernama Nora Azni berkongsi resipi mee kuah yang dipelajarinya daripada ayah tercinta. Katanya, abahnya memang pandai masak mee kuah sejak dulu lagi, tapi kini dah tak mampu berdiri lama di dapur.

Bila umur ayah mencecah 72 tahun, barulah dia berjaya dapatkan resipi yang selama ini disimpan rapi. Katanya, cara memasaknya memang nampak mudah, tetapi untuk mendapatkan rasa kuah yang cukup masam dan manis bukanlah sesuatu yang senang.

Yang menariknya, resipi ini bukan sekadar makanan, ia juga kenangan dan warisan yang penuh makna. Jom tengok cara masak mee kuah turun-temurun dari abah beliau.

Baca juga: Resipi Mi Sup Ala Siam Untuk Makan Malam, Sekejap Saja Dah Siap Masak!

RESEPI MEE KUAH

Bahan-bahan:

  • Mi kuning secukupnya
  • Bihun (rendam hingga lembut)
  • Ayam
  • Udang
  • Telur
  • Sayur sawi atau kangkung
  • Bawang putih (dicincang atau dihiris)
  • Air (ikut kepekatan kuah yang diinginkan)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ajinomoto jika suka)
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Cuka makan
  • Lada hitam tumbuk kasar
  • Cili potong & sos tomato (untuk tambahan semasa makan)

Nota: Lebih sedap jika hanya guna sotong dan telur sahaja, tapi boleh juga campur ayam dan udang ikut selera.

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dalam sedikit minyak hingga kekuningan dan garing.
  2. Masukkan ayam dan goreng seketika hingga separuh masak.
  3. Tambahkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Kalau suka banyak kuah, lebihkan air.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kalau guna ajinomoto, masukkan sedikit. Abah saya kata, kuah akan jadi lebih sedap.
  5. Masukkan kicap manis, sos tomato dan cuka makan. Bahagian ini kena pandai rasa dan seimbangkan sendiri. Kuah mesti ada rasa masam dan manis yang cukup.
  6. Bila kuah dah mendidih, masukkan udang. Bila udang dah hampir masak, barulah masukkan telur. Biarkan telur pecah dalam kuah.
  7. Akhir sekali, masukkan mi kuning, bihun dan sayur. Taburkan sedikit lada hitam tumbuk kasar.
  8. Gaul rata, biar semua bahan mesra dengan kuah.
  9. Waktu nak makan, tambah cili potong dan sos tomato untuk lebih rasa “kick”! Kuah yang pedas masam manis ni memang sedap dimakan panas-panas.

Sumber: Nora Azni

Baca juga: Resipi Mi Goreng Bungkus Ala 90-An, Warna Pucat Tapi Rasanya Luar Biasa!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago