Resipi sup tulang ini mudah sangat nak buat sebab tak perlu guna rempah sup ataupun sup bunjut tapi rasa tetap sedap kaw kaw!
Siapa yang suka menu simple macam ni bolehlah cuba masak nanti. Ikut je resipi hasil perkongsian oleh Hajar Mohd di bawah.
Resipi Sup Tulang Tanpa Rempah Sup & Sup Bunjut
Bahan utama:
Anggaran 2 kg tulang lembu. Boleh gunakan bahagian apa pun yang anda gemari samaada ekor, rusuk atau daging.
Kisar hancur 9 biji bawang kecil dan 25 ulas bawang putih. Jika tiada bawang kecil, boleh guna 300g bawang besar.
Bahan menumis hiris halus:
- 3 biji bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 3 cm halia
Bahan rempah:
- 20 biji bunga cengkih
- 15 biji buah pelaga
- 4 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 helai daun salam
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan menumis iaitu bawang putih dan bawang merah dan halia.
2. Masukkan bahan rempah.
3. Masukkan bahan kisar. Masak sampai betul betul masak. Kalau kurang masak, nanti kuah dia rasa tak best.
4. Bila bahan kisar dah garing, masukkan tulang. Reneh dengan api perlahan ½ jam. Kemudian masukkkan 3@4liter air, kuatkan api. Bolehlah tambah air sehingga tulang tenggelam.
Masukkan 1 daun salam, reneh 1 jam atas api dapur biasa.
5. Apabila cukup 1 jam reneh. Masukkan lobak merah, carrot, gula, garam dan perasa.
6. Tumbuk biji lada hitam dan lada putih. Masing-masing sukatan satu sudu makan saja. Kalau tulang masih keras. Tambah sikit air dan reneh lagi 30 minit.
7. Lagi beberapa minit nak matikan api dapur, boleh masukkan tomato, daun sup, bawang goreng dan perahan limau. Hidangkan bersama sambal kicap.
Selamat mencuba!
Kredit: Hajar Mohd