cara buat sup ikan

Buat anda yang suka menghirup sup wajib cuba cara buat sup ikan gerenti tak hanyir ni. Lagi sedap bila dapat hirup panas-panas. Terasa segar di tekak dengan aroma rempahnya yang wangi.

Jom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Umi Watie di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Sup Ikan Gerenti Tak Hanyir

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sdt jintan manis
  • 1 sdt lada hitam
  • 1 sdt jintan putih
  • 1 sdb ketumbar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 helai daun salam (bay leaf)
  • 2 biji tomato
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Garam

cara buat sup ikan

Cara-cara:

1. Mula-mula tumiskan segala jenis bawang dan halia yang dihiris nipis. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau.

2. Bila bahan tumis dah wangi dan kekuningan masukkan rempah lain macam lada hitam, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Daun salam jangan dilupakan. Kakchik guna daun segar. Daun salam ni kalau omputih panggil bay leaf. Sama je tu.

Rempah macam lada hitam, jintan dan ketumbar tu buat aroma sup ikan kita wangi dan tidak hanyir. Daun salam tu pula buat rasa ikan kita rasa segar. Sedap uiii. Ini rahsia sup ikan sedap tau.

4. Masukkan air dalam 5 cawan. Biarkan dia mendidih.

5. Masukkan kentang dan lobak yang dah dikukus sekejap.

6. Masukkan juga tomato.

7. Bila dah mendidih, masukkan ikan pilihan. Ikan siakap boleh, ikan jenahak boleh, ikan merah pun boleh. Kakchik guna ikan siakap.

cara buat sup ikan

8. Bila nampak ikan dah masak, masukkan garam secukup rasa. Matikan api. Siap untuk dihidangkan.

9. Tapis sup supaya segala rempah tak masuk sekali. Barulah makan nanti tak tergigit buah pelaga. Selamat mencuba!

cara buat sup ikan

Kredit: Umi Watie

Baca juga: Cara Buat Sup Telur Chinese Style Ala Menu Hotel

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN