Jika anda jenis yang suka sahur ringan-ringan saja, boleh cuba buat pati kurma homemade ini. Sangat memudahkan anda untuk bersahur.
Cuma tinggal campur pati kurma dengan susu dan boleh terus minum. Nampak simple kan tapi minuman ini boleh membuatkan perut anda kenyang dan bertahan sampai waktu berbuka.
Nak cuba? Jom buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nadia Latfi di bawah.
1. Buang biji dan basuh bersih kurma.
2. Kukus kurma selama 20 minit.
3. Kisar kurma menggunakan pengisar sehingga hancur.
4. Simpan dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk.
5. Bila nak minumm, campurkan 2 sudu pati bersama susu. Sedia untuk diminum! Boleh campur madu, badam, kismis dan apa-apa yang sesuai.
Kredit: Nadiah Latfi
Selama ini ramai lebih biasa dengan bayam hijau, tetapi bayam merah juga mempunyai khasiat yang…
Murtabak crackers boleh jadi pilihan menarik kalau nak cuba hidangan yang lain daripada biasa. Menggunakan…
Strawberi Latte ini memang wajib dicuba oleh peminat kopi dan strawberi! Gabungan rasa kopi yang…
Pernah beli sebungkus roti, baru beberapa hari buka tetapi teksturnya sudah mula keras dan tidak…
Resipi mee bandung ini sesuai sangat dibuat ketika cuaca hujan atau bila teringin hidangan mi…
Nak rebus kaki ayam tetapi tak mahu menunggu terlalu lama sehingga empuk? Rupanya ada cara…