Categories: Resipi

Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Tauge & Kerang, Pasti Terangkat Tak Cukup Sepinggan!

Sedap sungguh kerabu pucuk paku tauge dan kerang ni. Ratah satu besen pun pasti habis, memang tak pandang kiri kanan.

Nak buat dia sedikit renyah, tapi puas hati bila dah makan. Yang penting kena campur aduk semua bahan sehingga sebati dan secukup rasa.

Jom lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Nor Haida di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI KERABU PUCUK PAKU TAUGE & KERANG

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kerang (rebus & ambil isi)
  • RM1 @ RM2 seikat pucu paku (celur & tos)
  • 2@3 genggam tauge (celur & tos. Kalau nak rangup & tak suka lembik, tak perlu celur, cuci bersih saja)
  • 1 biji bawang besar hiris nipis (tak perlu letak jika tak suka)
  • 4 sudu santan pekat
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu air limau nipis
  • Garam secukupnya (boleh ganti guna sedikit sos ikan)
  • Gula secukupnya

Bahan kisar:

  • 3 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • Cili api 5 biji – 8 biji (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • Belacan sebesar ibu jari

Cara-cara:

1. Kisar bahan kisar, letak air sedikit saja. Tuangkan ke dalam besen.

2. Kemudian masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.

3. Seterusnya masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge. Gaul rata.

4. Tambah apa yang rasa tak cukup, yang penting rasa kena pedas, masam, masin dan manis. Lemak santan, kerisik, serai dan lengkuas sebati mesra.

Selamat mencuba!

Kredit resipi & gambar: Nor Haida

Baca juga: Cara Buat ‘Sambal Ikan Bilis Rangup’ Yang Bikin Ketagih, Satu Lauk Ni Dah Cukup!

Wan N

Recent Posts

Ibu Dalam Pantang Nak Minum Air Roselle? Ini Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu Selama Ini

Air roselle semakin menjadi pilihan sesetengah ibu ketika berpantang kerana dikaitkan dengan pelbagai manfaat, termasuk…

1 hour ago

Cara Elak Kutu ‘Berkampung’ Dalam Bekas Tepung, Ikut 6 Langkah Ini Sebelum Simpan Dalam Kabinet

Masalah kutu tepung memang boleh buat rasa geli bila nampak serangga kecil mula bergerak dalam…

2 hours ago

Resipi Kerepek Ubi Kentang Pedas, Buat Petua INI Sebelum Goreng Supaya Ekstra Rangup!

Kerepek ubi kentang antara snek yang memang susah nak berhenti mengunyah, lebih-lebih lagi kalau dibuat…

2 hours ago

Cara Buat Nasi Kak Wok Ala Kelantan, Resipi Mudah Dengan 3 Menu Pelengkap Wajib Ada!

Nasi kakwok merupakan hidangan yang sinonim dengan Kelantan dan biasanya terdiri daripada nasi putih yang…

3 hours ago

Kek Batik Coklat Crunchy, Tak Banyak Bahan Tapi Rasa Coklatnya Pekat Dan Memikat!

Kalau suka pencuci mulut yang mudah dibuat, kek batik coklat ini memang menarik untuk dicuba…

5 hours ago

Potong Bawang Sekali Seminggu, Ini Panduan ‘Pantry Prep’ Bagi Mudahkan Urusan Di Dapur

Jam baru menunjukkan pukul 6:30 petang. Anda baru sahaja sampai di rumah selepas redah kesesakan…

6 hours ago