Jika anda sedang mencari cara buat soto yang sedap untuk berbuka puasa, resipi ini memang patut dicuba. Soto merupakan hidangan berkuah yang cukup popular ketika Ramadan kerana kuahnya panas, berempah dan mudah dimakan selepas seharian berpuasa.
Namun ramai yang perasan, kebanyakan soto di kedai mempunyai kuah yang agak jernih seperti sup biasa. Jika anda mahukan kuah yang lebih pekat dan kaw, ada satu resipi lama ala Soto Madura yang pernah dikongsikan oleh cef selebriti terkenal, Chef Wan.
Baca juga: Resepi Kuah Mee Kari Ipoh Original, Kuah Ringan Dan Tak Muak Bila Makan!
Bahan-bahan:
*Bahan bertanda perlu dikisar.
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan bertanda (*) sehingga halus.
2. Gaulkan bahan kisar dengan rempah sup hingga sebati.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga sedikit garing serta pecah minyak.
5. Tambahkan sedikit air supaya bahan tidak terlalu kering ketika menumis.
6. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
7. Masukkan ayam bersama air secukupnya untuk menghasilkan kuah soto.
8. Biarkan kuah mendidih sehingga ayam masak.
9. Perasakan dengan garam, gula dan stok ayam jika suka.
Kuah soto ini akan menjadi lebih pekat, berempah dan beraroma, sangat sesuai untuk dinikmati ketika berbuka puasa.
Cara Hidang Soto Yang Lengkap
Soto biasanya dihidangkan bersama bahan sampingan seperti:
Gabungan bahan ini menjadikan hidangan soto lebih lengkap dan menyelerakan.
Tip Cara Buat Soto Lagi Sedap
Untuk memastikan kuah soto lebih kaw, cuba beberapa tip ini:
Jika anda ingin cuba cara buat soto yang mudah tetapi rasa seperti di kedai, resipi ini memang sesuai dijadikan menu berbuka puasa bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Bam Azimad
Baca juga: Sup Soto Ala Indonesia Dengan Kuah Wangi, Rasa Lebih Mantap Dari Soto Melayu Biasa
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…