resepi kuah mee kari

Nak buat hidangan hujung minggu sedap untuk keluarga besar, wajib cuba resepi Kuah Mee Kari Ipoh. Apabila masak dengan cara betul, aromanya saja boleh buat satu rumah jadi lapar.

Mee Kari Ipoh ialah sejenis hidangan mi berkuah kari popular di bandar Ipoh, Perak yang terkenal dengan kuah pekat, berlemak dan wangi rempah, berbeza daripada mee kari biasa.

Alin Noor telah kongsikan resepi Kuah Mee Kari Ipoh menarik di Facebook dengan cara memasak yang cukup mudah. Hidang panas-panas, memang puas hati. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

RESEPI KUAH MEE KARI IPOH

resepi kuah mee kari

Bahan-bahan (untuk 10 hingga 15 orang makan):

  • 250gm ikan bilis (direbus bersama 1 liter air buat stok)
  • 2 sudu besar rempah ikan
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 3 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
  • 3 hingga 4 tangkai daun kari
  • 2 kiub ikan bilis
  • 3 hingga 5 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • Santan (ikut kepekatan yang dimahukan, saya guna 3 liter santan kotak)
  • 4 keping asam keping
  • Sedikit garam dan gula
  • Tauhu kosong

Bahan kisar:

  • 20 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • Halia sebesar ibu jari

resepi kuah mee kari

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, tumis bahan kisar, daun pandan, daun kari dan serai.
  2. Kemudian, masukkan kari dan cili kisar atau serbuk cili yang telah dibancuh air dijadikan pes.
  3. Selepas itu, tumis sampai pecah minyak dan wangi.
  4. Masukkan air rebusan ikan bilis dan kiub ikan bilis, kemudian biarkan sampai mendidih. Kalau nak, boleh tambah air.
  5. Seterusnya, masukkan santan pekat dan asam keping.
  6. Setelah itu, perasakan dengan garam dan gula.
  7. Akhir sekali, masukkan tauhu kosong.

Selamat mencuba!

Sumber: Alin Noor

Baca juga: Mee Kari Nyonya, Kuah Sedap Luar Biasa Sampai Mak Mentua Minta Resipi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN