Mudah saja cara buat sos thai homemade. Kalau makan keropok keping, jemput-jemput atau ayam bakar wajib cicah sos thai ni.
Jika sebelum ini kita biasa beli saja, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pula di rumah. Selepas ini tak perlu beli di kedai dah, jimat!
Kalau nak tahu cara membuatnya, ikut saja resipi lengkap yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!
CARA BUAT SOS THAI HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 10 biji cili api merah
- 5 biji cili padi hijau
- 2 biji cili besar merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cawan air masak
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan cuka
- 1 sudu kecil garam
- 1/4 cawan sos cili
- Sedikit ajinamoto
- 1 sudu kecil tepung ubi (bancuh dengan sedikit air)
- Bijan – disangai
Cara-cara:
1. Kisar kasar cili api merah, cili padi hijau, cili besar merah dan bawang putih.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan-bahan lain ke dalam periuk kecuali tepung ubi dan bijan.
3. Masak kesemuanya sehingga menggelegak. Kemudian kecilkan api dan masukkan tepung ubi, biarkan mereneh.
4. Apabila kuah dah pekat dan cantik, taburkan bijan. Tapi pastikan jangan terlalu pekat kan.
5. Tambah apa yang perlu. Pastikan rasa cukup masam, manis dan masin.
Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika
Baca juga: Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Sekejap Je Dah Siap!