Kalau selalu masak sardin dengan cara yang sama, boleh cuba cara buat sambal sardin belimbing buluh pula. Gabungan sambal cili yang pedas dengan rasa masam-masam segar daripada belimbing buluh memang buat lauk sardin jadi lebih menyelerakan.
Resipi ini pun cukup mudah dan menggunakan bahan yang ringkas. Sardin digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sambal yang sudah ditumis hingga pecah minyak.
Bila sambal dah mendidih, masukkan sardin bersama belimbing buluh dan perasakan secukupnya. Hasilnya, lauk sardin yang nampak biasa terus jadi lebih istimewa. Makan pula dengan nasi putih panas, memang bertambah selera!
Baca juga: Lelaki Kongsi Sardin Masak Kicap Cara Arwah Mak, Sedap Pekat Berperisa & Buat Selera ‘Onz’!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
Tip: Jika suka rasa lebih masam, boleh tambahkan belimbing buluh mengikut cita rasa. Untuk sambal yang lebih sedap, pastikan bahan kisar ditumis hingga betul-betul pecah minyak sebelum memasukkan sos sardin.
Sumber: Lizawati Suradi
Baca juga: Cara Masak Sardin Telur Pecah Lazat & Menggoda Selera, Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…
Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…
Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…
Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…
Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…
Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…