resepi sardin masak kicap

Resepi sardin masak kicap memang antara lauk simple yang selalu jadi penyelamat bila tak sempat nak masak lauk berat. Sardin masak kicap ini nampak biasa, tapi kalau kena cara masaknya, memang boleh buat nasi cepat habis tanpa sedar.

Resipi ini dikongsikan oleh Encik Husam, yang mengimbau kembali masakan arwah ibunya di rumah. Walaupun bahan yang digunakan ringkas, gabungan kicap, sos dan teknik ‘goreng ikan dulu’ buatkan rasa dia jadi lebih padu dan beraroma.

Baca juga: Resipi Sardin Tumis Pedas Padu, Bau Pun Dah Buat Perut Berkeroncong!

RESEPI SARDIN MASAK KICAP

resepi sardin masak kicap

Bahan-bahan:

  • Ikan sardin tin (asingkan ikan dan kuahnya)
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Lada sulah secukup rasa
  • Cili merah atau cili padi (ikut tahap pedas)
  • Sedikit limau nipis atau limau kasturi
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Asingkan ikan sardin dengan kuahnya terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga hampir garing dan caramalised. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan kuah sardin yang telah diasingkan tadi.
  5. Tambahkan sos tomato, kicap manis, sos tiram dan lada sulah. Kacau hingga sebati dan biarkan kuah sedikit memekat.
  6. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan supaya ikan tidak hancur.
  7. Tambah hirisan bawang lagi jika suka, kemudian masukkan cili.
  8. Tutup api dan perah sedikit limau untuk beri rasa segar.
  9. Siap untuk dihidang bersama nasi panas. Selamat mencuba!

Resipi ini dikongsikan semula oleh MyResipi dengan izin Encik Husam sebagai inspirasi dan ilmu untuk pembaca. Jika berkesempatan, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu beliau.

Sumber: Thread @husam_inspires

Baca juga: Resepi Sardin Black Pepper, Lauk Bajet Tunggu Gaji Tapi Sedapnya ‘Next Level’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN