Categories: Resipi

Cara Buat Roti Sosej Sira Sambal Yang Lembut & Gebu, Rasa Manis Pedas Memang Mantap!

Cara buat roti sosej sira sambal ini memang sangat mudah dan wajib cuba. Gabungan roti goreng yang lembut dan gebu bersama sosej di dalamnya, kemudian disalut pula dengan sambal manis pedas, memang buat sekali terus habis sepinggan.

Rahsia tekstur roti yang lembut adalah penggunaan gula halus dalam adunan. Selain mudah sebati, gula halus membantu menghasilkan roti yang lebih gebu selepas digoreng. Apabila digoreng dengan api sederhana, bahagian luar menjadi keemasan manakala bahagian dalam kekal lembut.

Untuk sambalnya pula, tidak perlu sukatan yang terlalu tepat. Cukup gunakan cili kisar, sedikit gula perang atau gula pasir, garam dan perasa mengikut cita rasa. Bila sambal sudah pecah minyak, gaulkan bersama roti sosej yang masih panas. Memang menyelerakan dan sesuai dijadikan minum petang atau hidangan untuk anak-anak.

Baca juga: Resipi Roti Keju Mentega Guna 4 Bahan Mudah, Tekstur Luar Rangup & Berkaramel!

CARA BUAT ROTI SOSEJ SIRA SAMBAL YANG GEBU DAN SEDAP

Bahan A:

  • 125 ml air suam
  • 1 sudu makan yis kering

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan C:

  • Sosej secukupnya (potong dua)

Bahan D (sira sambal):

  • Cili kisar secukupnya
  • Gula perang atau gula pasir secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan yis kering ke dalam air suam. Kacau sehingga larut dan biarkan selama beberapa minit sehingga yis berbuih.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula halus, garam dan marjerin. Gaul dan ramas sehingga semua bahan sebati.
  3. Tuangkan bancuhan yis ke dalam adunan tepung. Kacau sehingga menjadi doh dan biarkan selama kira-kira 15 minit.
  4. Uli doh sehingga licin. Jika doh masih melekat di tangan, tambahkan sedikit minyak masak dan teruskan menguli sehingga elastik.
  5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian sama besar. Bentukkan memanjang kemudian lilitkan pada setiap potongan sosej. Susun di atas dulang dan biarkan seketika sehingga sedikit mengembang.
  6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng roti sosej sehingga bertukar warna keemasan dan masak sekata. Angkat serta toskan minyak.
  7. Untuk sambal, tumiskan cili kisar sehingga benar-benar pecah minyak. Masukkan gula perang atau gula pasir, garam dan perasa. Kacau sehingga sambal menjadi sedikit pekat.
  8. Masukkan roti sosej yang telah digoreng ke dalam sambal. Gaul perlahan-lahan sehingga semua roti bersalut rata dengan sambal.
  9. Angkat dan hidangkan ketika masih panas. Lagi sedap dimakan terus kerana rotinya masih lembut dan sambalnya melekat cantik.

Sumber: Noor Suhadha

Baca juga: Roti Puri Tanpa Yis Tapi Kembang Elok & Tak Serap Minyak, Sedap Cicah Sambal Sardin Pedas!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

15 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

16 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

17 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

19 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

21 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

21 hours ago