
Cara masak roti puri sebenarnya tidaklah susah seperti yang ramai sangka. Dengan beberapa bahan asas yang memang ada di dapur, anda sudah boleh menghasilkan roti puri yang lembut, kembang dan sedap dimakan bersama kari, sambal atau kuah dal.
Menariknya, resipi ini tidak menggunakan yis. Jadi anda tidak perlu menunggu doh naik terlalu lama. Cukup dengan menguli doh sehingga licin dan merehatkannya seketika sebelum digoreng. Hasilnya tetap memuaskan dengan tekstur yang gebu di dalam dan sedikit rangup di luar.
Jika anda sedang mencari idea sarapan atau minum petang yang mudah disediakan, resipi roti puri ini memang patut dicuba. Cara penyediaannya ringkas, bahan-bahannya pula mudah didapati dan sesuai dibuat walaupun oleh mereka yang baru belajar memasak.
Baca juga: Resepi Tosei Nasi Sejuk Guna Nasi Semalam, Hasilnya Lembut Dan Tak Melekat
CARA MASAK ROTI PURI TANPA GUNA YIS

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan marjerin (menimbun)
- 1 sudu teh garam
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
- Tambahkan minyak masak dan marjerin. Gaul menggunakan hujung jari sehingga adunan menjadi berderai seperti serbuk roti.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga terbentuk doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
- Tutup doh dan biarkan berehat selama 10 hingga 15 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan.
- Canaikan setiap doh sehingga nipis dan leper mengikut saiz yang diinginkan.
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
- Goreng roti puri satu persatu. Semasa menggoreng, siram bahagian atas puri dengan minyak panas supaya ia cepat mengembang dan masak sekata.
- Setelah keemasan, angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
Sumber: Dhea Nadia
Baca juga: Pertama Kali Cuba Resipi Kaswi Coffee Yang Unik, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














