Categories: Resipi

Resipi Roti Canai Lembut & Tak Liat, Lengkap Dengan Kuah Dal Pekat Yang Dijamin Puas Hati!

Jika ingin belajar cara buat roti canai lembut dan gebu, boleh cuba resipi mudah di bawah ini. Selain roti canai yang gebu, kuah dal yang pekat dan penuh rasa juga tidak kurang pentingnya.

Oleh itu, kami akan kongsikan kedua-dua resipi roti canai dan kuah dal supaya boleh dicuba sendiri di rumah. Dijamin puas hati dan sedap sampai nak ulang buat berkali-kali!

Baca juga: Cara Buat Telur Goyang Ala Roti Titab, Ikut Tip Ini Confirm Menjadi Elok

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak atau marjerin
  • 2 sudu besar susu atau majerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • Air secukupnya sehingga menjadi doh (anggaran 550 ml)

Cara penyediaan:

  1. Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan uli sehingga doh menjadi licin dan elastik.
  2. Jika guna tangan, campurkan semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Bila doh sudah siap, bahagikan dan bulatkan kepada anggaran 90 gram setiap satu (ikut saiz yang anda suka).
  4. Sapukan marjerin atau minyak pada doh supaya tidak melekat.
  5. Perap doh selama 2 jam atau lebih sehingga doh menjadi lembut dan senang ditebar.
  6. Selepas doh siap diperap, sapukan sedikit minyak pada tangan dan permukaan meja supaya doh tidak melekat.
  7. Ambil satu bebola doh, leperkan perlahan dan tebar sehingga menjadi nipis.
  8. Bila doh sudah ditebar, lipat mengikut bentuk yang anda suka, sama ada lipat empat, gulung atau bentuk roti boom.
  9. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak dan masak roti canai sehingga kedua-dua belah berwarna perang keemasan.
  10. Akhir sekali, tekan-tekan roti yang sudah masak supaya teksturnya lebih lembut.

RESEPI KUAH DAL YANG SEDAP

Bahan-bahan:

  • Sedikit minyak
  • Bawang besar (dihiris)
  • Kacang dal (direndam semalaman atau beberapa jam)
  • Lobak merah (dipotong kecil)
  • Terung bulat (dipotong)
  • Daun kari
  • Cili kering
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit biji sawi, jintan (jintan manis/jintan putih) dan halba untuk tumis darat

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan kacang dal yang telah dikisar separuh hancur (kisar separuh sahaja supaya kuah ada tekstur).
  3. Tambahkan lobak merah, terung bulat dan kiub air (jika guna).
  4. Masukkan air secukupnya dan biarkan semua bahan masak hingga empuk.
  5. Masukkan serbuk kunyit dan teruskan reneh sehingga kuah pekat dan dal betul-betul masak. Biarkan seketika.
  6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain.
  7. Tumis daun kari, cili kering, biji sawi, sedikit halba dan jintan hingga naik bau.
  8. Curahkan tumisan ini ke dalam periuk kuah dal yang telah siap dimasak.

Sumber: Nor Asiah

Baca juga: Resipi Roti Nan Cheese Homemade Yang Lembut & Gebu, Nak Frozenkan Pun Boleh!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

10 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

11 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

11 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

11 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

12 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

14 hours ago