
Jika ingin belajar cara buat roti canai lembut dan gebu, boleh cuba resipi mudah di bawah ini. Selain roti canai yang gebu, kuah dal yang pekat dan penuh rasa juga tidak kurang pentingnya.
Oleh itu, kami akan kongsikan kedua-dua resipi roti canai dan kuah dal supaya boleh dicuba sendiri di rumah. Dijamin puas hati dan sedap sampai nak ulang buat berkali-kali!
Baca juga: Cara Buat Telur Goyang Ala Roti Titab, Ikut Tip Ini Confirm Menjadi Elok
RESEPI ROTI CANAI LEMBUT

Bahan-bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 2 sudu besar minyak atau marjerin
- 2 sudu besar susu atau majerin
- 1 biji telur
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar gula
- Air secukupnya sehingga menjadi doh (anggaran 550 ml)
Cara penyediaan:
- Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan uli sehingga doh menjadi licin dan elastik.
- Jika guna tangan, campurkan semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Bila doh sudah siap, bahagikan dan bulatkan kepada anggaran 90 gram setiap satu (ikut saiz yang anda suka).
- Sapukan marjerin atau minyak pada doh supaya tidak melekat.
- Perap doh selama 2 jam atau lebih sehingga doh menjadi lembut dan senang ditebar.
- Selepas doh siap diperap, sapukan sedikit minyak pada tangan dan permukaan meja supaya doh tidak melekat.
- Ambil satu bebola doh, leperkan perlahan dan tebar sehingga menjadi nipis.
- Bila doh sudah ditebar, lipat mengikut bentuk yang anda suka, sama ada lipat empat, gulung atau bentuk roti boom.
- Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak dan masak roti canai sehingga kedua-dua belah berwarna perang keemasan.
- Akhir sekali, tekan-tekan roti yang sudah masak supaya teksturnya lebih lembut.
RESEPI KUAH DAL YANG SEDAP

Bahan-bahan:
- Sedikit minyak
- Bawang besar (dihiris)
- Kacang dal (direndam semalaman atau beberapa jam)
- Lobak merah (dipotong kecil)
- Terung bulat (dipotong)
- Daun kari
- Cili kering
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit biji sawi, jintan (jintan manis/jintan putih) dan halba untuk tumis darat
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
- Masukkan kacang dal yang telah dikisar separuh hancur (kisar separuh sahaja supaya kuah ada tekstur).
- Tambahkan lobak merah, terung bulat dan kiub air (jika guna).
- Masukkan air secukupnya dan biarkan semua bahan masak hingga empuk.
- Masukkan serbuk kunyit dan teruskan reneh sehingga kuah pekat dan dal betul-betul masak. Biarkan seketika.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain.
- Tumis daun kari, cili kering, biji sawi, sedikit halba dan jintan hingga naik bau.
- Curahkan tumisan ini ke dalam periuk kuah dal yang telah siap dimasak.
Sumber: Nor Asiah
Baca juga: Resipi Roti Nan Cheese Homemade Yang Lembut & Gebu, Nak Frozenkan Pun Boleh!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














