roti nan cheese

Siapa suka roti nan cheese kat restoran mamak, kali ini boleh buat sendiri saja dekat rumah! Bahan-bahannya mudah sangat dan hasilnya lembut, gebu, serta keju dia meleleh bila panas.

Resipi ini bukan saja senang nak buat, tapi boleh juga simpan sebagai frozen food. Jadi bila teringin, tinggal keluarkan dari peti dan panaskan saja.

Ia juga sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan kari ayam, dhal atau tandoori. Kalau nak jamu keluarga atau buat untuk jual pun boleh sangat.

Baca juga: Cara Buat Telur Hancur Yang ‘Creamy’ Dan Lembut, Sedapnya Makan Dengan Roti Bakar!

RESEPI ROTI NAN CHEESE

roti nan cheese

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung roti
  • 3 sudu besar marjerin atau mentega
  • 3–4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2–3 cawan air (atau secukupnya)
  • Keju mozarella secukupnya

Cara Membuat:

  1. Gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  2. Biarkan doh naik selama kira-kira 30 minit.
  3. Bila doh dah naik, bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang diinginkan.
  4. Leperkan doh, kemudian letakkan keju mozarella di bahagian tengah.
  5. Tutup semula doh dan bulatkan, kemudian leperkan sekali lagi seperti biasa.
  6. Bakar atau masak atas kuali leper hingga roti nan masak dan sedikit keperangan.

Sumber: Siti Faizulhaini Naim

Baca juga: Roti Telur Tanpa Minyak, Resipi Jimat & Mudah Buat Anak Kenyang Sampai Tengah Hari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN