telur goyang

Kalau tengah cari idea sarapan yang cepat tapi sedap, roti telur goyang memang antara pilihan paling senang nak buat.

Roti bakar yang rangup, disapu mentega, kemudian ditambah telur goyang yang lembut. Memang ‘ngam’ sangat dimakan panas-panas.

Resipi ini tak perlukan banyak bahan dan memang sesuai dijadikan sarapan setiap pagi. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh nikmatinya bersama kaya ala-ala roti titab yang terkenal itu.

Baca juga: Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang ‘Perfect’

CARA BUAT TELUR GOYANG ALA ROTI TITAB

telur goyang

Bahan-bahan:

  • 1–2 biji telur
  • Beberapa keping roti
  • Sedikit mentega
  • Kaya (ikut jenama pilihan)
  • Lada hitam atau perasa pilihan

Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam periuk sehingga betul-betul mendidih dan menggelegak.
  2. Setelah air mendidih, matikan api dan masukkan telur. Biarkan telur dalam air panas selama 7 minit supaya kuningnya lembut dan gebu.
  3. Bila cukup masa, keluarkan telur dan biarkan ia rehat selama 2–3 minit supaya mudah dikupas dan tidak terlalu panas.
  4. Sementara itu, bakar roti hingga garing sedikit dan sapukan sedikit mentega supaya aromanya lebih harum dan lazat.
  5. Pecahkan telur goyang di atas roti yang sudah dibakar. Kuning telur yang lembut akan melekat pada roti dengan sempurna.
  6. Akhir sekali, taburkan lada hitam atau perasa kegemaran anda, kemudian tambah kaya mengikut selera untuk rasa yang manis dan sedap.

Sumber: Hidayah Sobri

Baca juga: Cara Rebus Telur Guna Teknik ‘Kukus’, Kulit Elok Tak Pecah & Cantik Bila Dikupas

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN