cara buat puding trifle

Kalau anda sedang cari cara buat puding trifle yang mudah, cepat dan hasilnya cantik berlapis macam dessert cafe, resipi ini memang wajib cuba. Puding trifle versi homemade ini bukan saja sedap, malah sesuai untuk hidangan petang, jamuan atau pencuci mulut sejuk-sejuk yang menyegarkan.

Perkongsian inspirasi dari Hazirah Maulana ini memang antara resipi viral yang ramai suka sebab bahan simple tapi hasil dia nampak “premium”.

Baca juga: Resepi Puding Jagung Santan Guna Sukatan Tin Sahaja, Hasil Lembut Berkilat & Tak Berketul

CARA BUAT PUDING TRIFLE BERLAPIS KASTARD JELLY

cara buat puding trifle

Bahan-bahan:

Lapisan asas:

Kastard:

  • 3 cawan air
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • Susu cair secukupnya

Puding jelly:

  • 3 cawan air
  • 1 paket serbuk puding/jelly
  • 1 cawan gula (boleh tambah ikut kemanisan)

Cara-cara penyediaan:

Kalau anda nak berjaya dalam cara buat puding trifle, susunan layer memang sangat penting.

1. Sediakan kastard

Masukkan air, tepung kastard, gula dan susu cair dalam periuk.

Masak dengan api sederhana sambil kacau tanpa henti supaya kastard tidak berketul. Bila pekat, tutup api dan sejukkan seketika.

2. Susun lapisan swiss roll

Potong swiss roll kecil-kecil dan susun dalam bekas.

Kemudian, tuangkan sedikit air cocktail supaya kek lebih lembap dan berperisa.

3. Tuang lapisan kastard

Tuangkan kastard yang telah siap dimasak ke atas swiss roll. Ratakan dan biarkan ia sedikit suam sebelum tambah layer seterusnya.

4. Masukkan buah cocktail

Taburkan buah cocktail di atas lapisan kastard untuk rasa yang lebih segar dan seimbang.

5. Sediakan puding jelly

Masak air, serbuk puding dan gula hingga mendidih dan larut sepenuhnya.

6. Tuang lapisan terakhir

Tuangkan puding jelly perlahan-lahan ke atas buah cocktail. Ini akan menghasilkan lapisan akhir yang cantik berkilat.

Susunan Layer Puding Trifle

Untuk hasil terbaik dalam cara buat puding trifle, ikut susunan ini:

  • Swiss roll
  • Kastard
  • Buah cocktail
  • Puding jelly

Sejukkan Dan Sedia Dimakan

Masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3–4 jam. Lagi lama sejuk, lagi sedap tekstur dia.

Bila dah siap, memang nampak cantik berlapis dan rasa dia confirm “meletup”—manis, creamy, sejuk dan fruity dalam satu suapan.

Kenapa Resipi Ini Viral?

  • Bahan mudah dan murah
  • Tak perlu oven
  • Hasil nampak cantik macam dessert mahal
  • Sesuai untuk semua majlis

Kalau anda tengah mencari cara buat puding trifle yang paling mudah tapi hasil nampak wow, resipi ini memang antara yang paling “selamat” untuk cuba. Sekali buat, memang susah nak berhenti makan!

Selamat mencuba!

Sumber: Hazirah Maulana

Baca juga: Puding Karamel Tanpa Telur Versi Cup Comel, Resipi Mudah & Jimat Untuk Jamuan Sekolah Anak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN