tips kek lapis

Jika ditanya tentang kek sedap dan popular di Sarawak, ramai akan jawab kek lapis. Tapi tak ramai tahu, sebenarnya ada tips kek lapis supaya terjaga dan nampak cantik apabila dipotong.

Kek lapis terkenal dengan keenakan rasa dan corak lapisannya yang cantik. Lebih-lebih lagi jika ada campuran buah atau cheese, memang buat kek lapis nampak lebih premium dan mewah.

Tapi sayangnya jika salah cara simpan atau potong, kek yang cantik itu boleh jadi comot dan hilang seri. Di sini, kami kongsikan beberapa tips kek lapis supaya hasilnya memuaskan.

Baca juga: Tips Kek Marble Gebu & Tak Mendap, Guna Teknik Ini Hasil Terus Naik Cantik

TIPS KEK LAPIS SUPAYA TERJAGA & TERPOTONG CANTIK

tips kek lapis

Kredit gambar: Facebook Alicia Ayung

1. JANGAN BIARKAN KEK TERDEDAH DI LUAR.

Kek lapis, lebih-lebih lagi yang ada buah atau cheese, cuma tahan 3 hingga 4 hari saja jika dibiarkan di suhu bilik. Jadi, sebaiknya terus simpan dalam peti sejuk.

2. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SUPAYA TAHAN LAMA.

Tips ini penting untuk mengekalkan tekstur kek lapis supaya tak cepat hancur atau comot apabila dipotong. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan kek lapis daripada berkulat.

3. SELEPAS BELI, BIARKAN SEJUK DAHULU, BARU POTONG.

Sebaik-baiknya simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu untuk menjaga kualiti dan tekstur kek. Tambahan pula, ia dapat mengelakkannya daripada hancur atau comot setelah dipotong.

tips kek lapis

Kredit gambar: Facebook Alicia Ayung

4. GUNAKAN PISAU YANG SESUAI.

Pilih pisau yang tajam dan panjang untuk potong kek. Pisau tumpul akan buat kek nampak bersepai dan tak rata.

5. LAP PISAU SETIAP KALI POTONG.

Setiap kali buat potongan, lap pisau dengan kain bersih dan sedikit lembap. Ini akan mengelakkan potongan nampak kotor dan pastikan kek nampak licin setiap hirisan.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Alicia Ayung

Sumber: Zah Zainal

Baca juga: Tips Buat Kek Batik Lembut, Nak Potong Pun Senang, Tiada Lagi Keras Kematu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN