Categories: Resipi

Tak Perlu Oven! Ini Cara Buat Pizza Simple Guna Roti Keping Yang ‘Mewah’ Topping

Kalau tengah mengidam pizza tapi tak ada oven di rumah, jangan risau. Ada cara buat pizza simple yang sangat mudah dan hasilnya tetap sedap, cheesy serta mengenyangkan. Hanya gunakan beberapa keping roti Gardenia sebagai asas pizza, kemudian tambah topping kegemaran dan masak atas dapur sahaja.

Resipi ini memang sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak atau nak sediakan hidangan cepat untuk keluarga. Bahagian bawah pizza menjadi sedikit rangup, manakala bahagian atas pula penuh dengan cheese yang cair dan bertali. Memang puas hati walaupun tanpa menggunakan doh pizza.

Lebih menarik lagi, anda boleh ubah suai topping mengikut cita rasa sendiri. Nak tambah ayam, daging, sayur-sayuran atau lebihkan cheese pun boleh. Lagi banyak topping, lagi meriah hasilnya!

Baca juga: Resipi Sos Bolognese Cara Ekspres & Jimat Poket, Tapi Kuah Tetap Pekat Likat & Umami!

CARA BUAT PIZZA GUNA ROTI YANG RINGKAS TAPI MEWAH

Bahan-bahan:

  • Roti keping
  • Telur
  • Sedikit baking paper
  • Peperoni
  • Daging kisar
  • Bawang holland (dipotong dadu)
  • Sosej (dihiris)
  • Cendawan (dihiris)
  • 1 cawan kuah pasta segera
  • Mozzarella secukupnya
    Sedikit keju parut (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dan susun kepingan peperoni. Masak lebih kurang seminit sehingga sedikit garing, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, masukkan daging kisar dan masak sehingga air kering serta minyak semula jadinya keluar.
  3. Masukkan bawang holland, sosej dan cendawan. Kacau sehingga sosej masak dan bawang menjadi lembut.
  4. Tuangkan kuah pasta ke dalam campuran tadi. Gaul sebati dan biarkan mereneh seketika. Tutup api dan ketepikan.
  5. Koyakkan roti Gardenia kepada kepingan kecil. Masukkan telur dan gaul sehingga semua roti disalut telur. Telur berfungsi sebagai pelekat supaya asas pizza lebih padat apabila dimasak.
  6. Alas sebuah kuali leper dengan baking paper. Susun dan tekan perlahan-lahan campuran roti tadi sehingga menjadi lapisan yang rata.
  7. Taburkan sedikit keju parut di atas lapisan roti.
  8. Ratakan kuah pasta bersama campuran daging di atas lapisan roti.
  9. Susun kepingan peperoni di atasnya.
  10. Akhir sekali, taburkan mozzarella dengan banyak. Lagi banyak mozzarella, lagi sedap dan lebih cheesy hasilnya.
  11. Tutup kuali dan masak menggunakan api kecil selama kira-kira 10 hingga 15 minit atau sehingga keju cair sepenuhnya dan bahagian bawah pizza masak.
  12. Angkat, potong mengikut saiz yang diinginkan dan sedia untuk dihidangkan ketika masih panas.

Sumber: Azima Ramli

Baca juga: Resipi Roti Keju Mentega Guna 4 Bahan Mudah, Tekstur Luar Rangup & Berkaramel!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

16 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

17 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

18 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

20 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

22 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

22 hours ago