Senangnya nak buat Shellout kalau dah ada pes Shellout ni. Bila nak masak, tinggal cedok sahaja pes mengikut kuantiti makanan laut yang ada.
Rupanya tak susah mana pun kalau anda nak cuba buat sendiri pes Shellout di rumah. Bila teringin, senang bila nak masak hanya perlu guna pes ni je!
Nak tahu bagaimana caranya? Jom lihat perkongsian resipi oleh Puan Siti Nor Yuwana Zulkifli di bawah. Pes perlu disimpan di dalam peti sejuk beku supaya tahan lebih lama.
1. Kisar semua bahan di atas.
2. Panaskan butter dalam kuali dan masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar dan juga daun kari. Tumis sehingga garing.
3. Kemudian masukkan rempah kari ikan, sos tiram, sos ikan, garam, gula dan serbuk knorr secukup rasa.
4. Simpan dalam peti sejuk beku supaya pes tahan lebih lama.
5. Bila nak masak shellout, ambil pes secukupnya mengikut kuantiti lauk. Tambahkan air jika pes pekat. Masukkan makanan laut seperti ketam, udang, kepah, sotong yang sudah direbus terlebih dahulu.
6. Sedia untuk dimakan bersama jagung, brokoli, kentang yang direbus terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Siti Nor Yuwana Zulkifli
Nugget ayam antara makanan yang digemari kanak-kanak, tetapi tidak semestinya perlu bergantung pada produk sejuk…
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…