Categories: ArtikelInformasi

Wanita Ini Buktikan Jual Kuih Batang Buruk Pun Mampu Capai Sales RM6 Juta Sepanjang PKP!

Takkanlah jual kuih batang buruk je boleh capai jualan sampai RM6 juta? Tak percayalah! Haa..rasa macam tak masuk akal kan? Tapi inilah yang dicapai oleh Puan Nor Hedayah Kaulan, Pemilik Hedy’s International Sdn. Bhd. tahun lalu.

Yang lagi membanggakan, kejayaan ini dicapai ketika kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

Bangkit setelah sales merudum dari RM60k sebulan ke RM18k sebulan!

“Ketika 2 minggu pertama PKP, memang sukar, jualan merosot teruk, nak bayar sewa premis, gaji staf lagi. Memang down sangat, kongsi Puan Nor Hedayah.

Namun, beliau masih bersungguh-sungguh meneruskan kelas online walaupun terpaksa bergolok bergadai, pinjam duit orang untuk bayar kereta dan membayar yuran kelas tersebut. Baginya, ilmu bisnes itu sangat penting untuknya belajar dan dalam masa yang sama membantu business partner yang ada.

Atas landasan yang betul dan kerja kerasnya membimbing team, sales pada bulan April naik kepada RM200,000 sebulan dan dalam tempoh 3 bulan, beliau dah capai jualan RM1 juta pertamanya!

Buat perkara gila, tekad berhenti kerja serentak!

Beliau yang dahulunya sangat selesa menjadi seorang penjawat awam dengan Gred yang agak tinggi, memutuskan untuk berhenti kerja serentak bersama suaminya disebabkan ingin fokus pada bisnes. Mulai hari itu, mereka nekad dan tak pandang ke belakang lagi.

Siapa sangka, kini wanita yang hanya berasal dari keluarga biasa-biasa, anak seorang buruh kasar dan suri rumah ini mampu meraih jualan mencecah RM6 juta sepanjang PKP.

Bukan itu saja, kini beliau juga telah berjaya menaik taraf status syarikat beliau ke Sdn Bhd! Syabas!

Korang nak berjaya macam ni? Jomlah jadi business partner Hedy’s!

Admin yakin, ramai je yang nak mulakan bisnes tapi tak yakin dengan kemampuan diri kan? Jangan risau, kalau ada kemahuan, mesti boleh berjaya! Haa..macam salah seorang team Puan Nor Hedayah ni!

Suri rumah pun boleh berjaya, sales setengah juta dalam masa setengah tahun!

Siapa sangka, dari seorang yang tak minat batang buruk, tapi lepas rasa Hedy’s Batang Buruk, Puan Normuhaini Mohd Kassim atau mesra dipanggil Kak Aii sangat berpuas hati dan rasa yang produk ni boleh dijual dan pergi jauh. Bayangkanlah dalam masa setengah tahun je, beliau dah berjaya buat sale sehingga setengah juta!

“Walaupun sebelum ni struggle berniaga macam-macam produk termasuk produk sendiri, tapi masih tak dapat hasil yang diimpikan, penat je dapat”, jelas Kak Aii.

Baginya, walaupun sibuk dengan kerja rumah dan anak-anak, tapi dengan positive vibe dan ukhwah yang terjalin dalam keluarga Hedy’s, membuatkan beliau lebih bersemangat untuk bantu diri sendiri dan bantu suri rumah yang lain.

Kalau Kak Aii boleh, korang pun pasti boleh! Sekiranya korang berminat nak join team Hedy’s, boleh layari laman Facebook mereka.

Jangan risau, kat sana nanti, Puan Nor Hedayah akan guide dan coach korang sampai berjaya, asalkan korang bersungguh-sungguh, ok!

Untuk maklumat lanjut dan sebarang promosi terkini tentang Hedy’s Batang Buruk, layari laman web, Facebook atau hubungi ejen sah mereka melalui WhatsApp dan Telegram.

Nurul

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

15 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

15 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

16 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

18 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

19 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

19 hours ago