Peminat masakan India pasti akan tertarik untuk cuba cara buat Payasam, bubur manis India yang terkenal dengan kesedapannya yang tak terkata. Rasa sekali, mesti nak lagi.
Perkataan Payasam berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Payasa yang bermaksud susu. Selain disebut Payasam, ia juga dipanggil Payesh, Payasa, Phirni dan Kheer di kalangan orang India.
Cara buat Payasam yang dikongsikan oleh Kalai Theivanai di Facebook ini sangat menarik kerana ia merupakan resipi asli daripada orang India sendiri. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Masala Cukup Dengan Rasa Rempah, Memang Kena Dengan Selera!
Bahan-bahan:
Cara-cara buat payasam:
1. Mula-mula, rendam kacang kuda selama 1 hingga 2 jam. Masak dalam air dengan secubit garam. Setelah masak, alihkan dari dapur.
2. Panaskan kuali dan letak minyak sapi, kemudian goreng gajus dan alihkan ke dalam pinggan.
3. Seterusnya, goreng kismis dan alihkan ke dalam pinggan.
4. Selepas itu, goreng semiya pula.
5. Setelah rupanya kelihatan agak sedikit perang, masukkan semiya dan minyak sapi ke dalam periuk kacang kuda yang telah siap dimasak.
6. Kemudian, letakkan periuk kacang kuda ke atas dapur dan masak selama seminit.
7. Selanjutnya, masukkan sago dan gaul sebati (pastikan api sederhana).
8. Setelah itu, masukkan susu pekat (jika nak manis lagi, masukkan gula) bersama air panas dan kacau setiap 2 minit.
9. Masukkan gajus, kismis digoreng dan pewarna kuning, kemudian masak sampai semiya lembut dan sagu jernih (jika payasam pekat, boleh masukkan lebih air panas).
10. Akhir sekali, masukkan biji buah pelaga yang ditumbuk halus, kemudian matikan api dan tutup periuk. Biarkan selama 10 hingga 20 minit. Siap untuk dihidang!
Jika belum pernah makan, kami cadangkan anda cuba cara buat Payasam ini sekali seumur hidup kerana bukan senang nak rasa pencuci mulut yang popular di kalangan orang India ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Kalai Theivanai
Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Guna Yis, Dah Sejuk Pun Tetap Kembang Elok
Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…
Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…
Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…
Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…