Setiap hari, pasti ada resipi baru yang tular di laman sosial TikTok. Antara yang kini viral adalah resipi caramel cornflake. Seperti biasa, warganet juga tidak ketinggalan untuk mencubanya sendiri.
Kami juga turut ingin berkongsi resipi menarik ini dengan anda semua. Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya sangat mudah dan praktikal.
Resipi ini juga amat sesuai bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan, pasti laku keras! Jom lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Resipi Biskut Ferrero, Biskut Raya Paling Laku Setiap Tahun
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, masukkan gula dalam kuali atau periuk. Pastikan guna api perlahan dan biarkan gula mencair tanpa perlu kacau.
2. Bila nampak gula sudah mula mencair, kaup gula dari bawah ke atas. Yang cair kaup ke atas, biar gula yang tak cair pula di bawah (kambuskan saja).
3. Bila dah jadi macam ini, barulah dikacau dengan kerap sikit.
4. Kacau sampai elok mencair seperti ini.
5. Bila dah cair elok, masukkan butter dan tukar api paling kecil. Kacau dengan berhati-hati kerana ia akan berbuih dan merecik, risau tangan melecur.
6. Kacau sampai semua butter mencair elok dan sebati.
7. Waktu ini, boleh masukkan whipping cream. Masuk sedikit demi sedikit dan kacau jangan berhenti.
8. Kacau sampai habis semua whipping cream dan sampai semua betul-betul sebati.
9. Bila semua dah sebati, masukkan garam dan sambung kacau lagi.
10. Kacau sampai tekstur dan rasa dah cantik elok sebati dan semakin memekat.
11. Boleh tutup api. Lepas dah tutup api, teruskan kacau sampai karamel makin memekat (lebih kurang 5 minit).
12. Selepas itu, rehatkan dalam 5 minit sebelum tuang ke atas cornflakes.
13. Sediakan 1 kg cornflakes dalam mangkuk besar. Tuang semua karamel ke atas cornflakes dan kacau hingga sebati.
14. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam balang.
15. Teksur memang sedikit basah dan melekit, tapi sangat sedap.
Kredit resipi dan gambar: Wan N Wan M
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…