Pasta bake pedas daging ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan pasta yang mengenyangkan dengan rasa tomato dan sedikit pedas. Keju cheddar yang dibakar hingga cair memberikan rasa lemak yang melengkapkan hidangan.
Jumlah serbuk cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan yang disukai. Daging kisar yang dimasak hingga keperangan juga membantu memberikan rasa yang lebih sedap dan beraroma pada sos tomato.
Selepas makaroni digaul bersama sos, ia dimasukkan ke dalam bekas untuk dibakar bersama keju. Tidak perlu dibakar terlalu lama, cukup sekadar sehingga keju cair dan sedikit keperangan di permukaan.
Baca juga: Resepi Creamy Pasta Simple, Guna Bahan Ringkas Tapi Rasanya Macam Di Kafe
PASTA BAKE PEDAS

Bahan-bahan:
- 1 paket pasta kecil pilihan
- 1 paket keju cheddar
- 1 botol sos pasta tomato
- 500g daging kisar
- 3 sudu besar serbuk cili, ikut tahap kepedasan
Cara Penyediaan:
- Rebus pasta sehingga empuk. Toskan dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan masak daging kisar sehingga keperangan.
- Masukkan serbuk cili dan gaul rata.
- Tuangkan sos pasta tomato dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos agak banyak supaya makaroni tidak terlalu kering.
- Masukkan pasta yang telah direbus dan gaul sehingga semua bahan sebati. Tutup api.
- Tuangkan pasta ke dalam bekas yang sesuai untuk dibakar.
- Taburkan keju cheddar dengan banyak mengikut citarasa.
- Bakar pada suhu 170°C selama 5–7 minit atau sehingga keju cair dan sedikit keperangan.
Sumber: Threads @faraherda
Baca juga: Resipi Creamy Pasta Yang Ringkas Tapi Sedap, Sos Berkrim Lembut & Tak Muak Langsung
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

