creamy pasta

Resepi Creamy Pasta memang antara menu yang paling mudah dibuat di rumah dan sesuai untuk sesiapa yang nak masak menu ‘western’ tapi dengan cara mudah. Gabungan sos berkrim, keju dan aroma bawang putih memang buat satu rumah bau sedap.

Kalau hari sibuk atau malas nak masak berat-berat, pasta berkrim ini memang penyelamat. Bahan pun mudah cari dan kebanyakannya memang dah ada di dapur. Menariknya, resipi ini boleh diubah ikut selera sendiri. Nak lebih pekat, tambah cheese. Nak lebih cair, tambah susu. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Lasagna Daging Guna Roti Putih, Tak Guna ‘Lapisan Segera’ Pun Tetap Jadi Sedap!

RESEPI CREAMY PASTA

Bahan-bahan:

  • 8 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu besar mentega (butter premium)
  • 500ml susu full cream (boleh tambah jika mahu lebih cair)
  • 200ml cooking cream
  • 5 sudu kecil chicken stock
  • Keju parmesan secukupnya
  • Keju cheddar secukupnya
  • Pasta yang telah direbus (untuk dihidangkan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api sederhana.
  2. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Tuangkan susu full cream, kemudian masukkan cooking cream. Kacau perlahan supaya sebati.
  4. Masukkan chicken stock dan kacau sehingga larut sepenuhnya.
  5. Tambahkan keju cheddar dan Parmesan. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan berkrim.
  6. Tutup api dan tuangkan sos creamy ini ke atas pasta yang telah direbus.
  7. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Tip tambahan: Kalau nak kurangkan rasa muak, boleh makan bersama ayam goreng crispy atau chicken fillet goreng.

Sumber: Thread @qaydsqueen

Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN