Cara buat pancake nasi ini cukup mudah dan ringkas untuk disediakan. Yang paling penting, rasanya sedap dan boleh memikat selera.
Resipi ini juga hanya memerlukan 6 bahan ringkas iaitu nasi sejuk, daun bawang, lobak merah, telur, garam dan tepung gandum.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan lain seperti isi udang, kentang dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
Rice pancake ini juga lebih sedap jika dimakan sewaktu masih panas. Dicicah pula dengan sos cili, bertambah lazat dibuatnya. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Pancake Pisang, Makanan ‘Street Food’ Terkenal Di Thailand
CARA BUAT PANCAKE NASI
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Nasi sejuk
- Daun bawang 1 batang – dihiris
- Lobak merah – disagat
- Telur 2 biji
- Garam
- Tepung gandum 1 sudu
Cara-cara penyediaannya:
1. Satukan nasi sejuk, daun bawang, lobak merah, telur, garam dan tepung gandum. Kemudian, kacau semua bahan sehingga sebati dan bercampur rata.
2. Seterusnya, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Sudukan adunan ke dalam kuali seperti dalam gambar.
3. Balikkan-balikkan supaya pancake masak dengan sekata pada kedua-kedua bahagian. Maska sehingga berwarna keperangan.
4. Sedia untuk dihidangkan, sedap dicicah dengan sos cili thai. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mariashanana Abd Majid
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan