pai daging carbonara

Pernah cuba buat sendiri Pai Daging Carbonara? Kalau tak pernah, apa kata korang cuba ikut resipinya di sini.

Pai merupakan makanan Inggeris Style yang sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang.

Cara memasaknya pun tak renyah. Teknik anyaman doh juga tak susah macam anyam tikar.

Baca juga: Donut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook

Resipi pai ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Nor Al Fatihah. Lihat pada gambar yang dikongsikan, nampak mewah betul pai beliau.

Macam kek berlauk pun ada. Jom kita ikut step by step resipi tersebut.


Resipi Pai Carbonara


Bahan inti:

  • 2 sudu besar butter/ marjerin
  • 1 labu bawang holland (dipotong dadu)
  • 400 gm daging kisar
  • 5 batang sosej (dihiris nipis)
  • 1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 350 gm sos pasta prego carbonara mushroom
  • 2 keping cheese
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar gula

Bahan kulit pai:

  • 250 gm butter
  • 5 sudu besar gula aising
  • 1 sudu teh esen vanila (Optional)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 3 sudu besar air ais
  • 1 biji kuning telur + pewarna kuning (untuk disapu atas pai)
  • Sedikit bijan hitam sebagai hiasan (optional)

Cara Membuat inti:

1. Cairkan butter atau marjerin. Tumis bawang hingga layu.

2. Masukkan daging kisar. Kacau sampai daging separuh masak.

3. Masukkan sosej, cendawan dan serbuk lada hitam. Kacau hingga masak. Masukkan pula sos pasta carbonara mushroom dan kacau sebati.

4. Masukkan cheese. Kacau lagi hingga larut dan campurkan tepung gandum sebagai pemekat. Kacau sehingga rata.

5. Perasakan dengan gula untuk balancekan rasa masin dan sedikit manis pada inti. Kacau lagi hingga agak kering. Tutup api dan sejukkan.

Cara buat kulit pai:

1. Gaul tepung gandum, gula aising dan garam. Campur butter dan esen vanila. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Campur air ais dan gaul sebati hingga menjadi doh. Balut dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti ais selama 1 jam sebelum di gunakan.

3. Untuk loyang, boleh guna loyang tart saiz 9 x 2 inci dan sapukan sedikit butter.

4. Canai separuh doh hingga agak nipis. Kemudian, terbalikkan ke atas loyang perlahan-lahan. Kemas dan ratakan.

5. Tuang inti dan buang bahagian tepi kulit yang tidak digunakan. Biar kulit sama rata dengan paras inti.

6. Separuh doh lagi di canai dan dipotong memanjang menggunakan pemotong agar-agar. Kalau tak ada, boleh potong lurus dengan pisau saja.

7. Susun memanjang doh yang dipotong tadi ke atas pai. Kemudian, anyam menjadi seperti bentuk tikar.

8. Lebihan doh di potong memanjang lagi. Ambil 2 keping doh dan pintal bersama.

9. Hias pintalan tadi di sekeliling pai dan sapu dengan kuning telur.

10. Baki doh pula ditekap dengan acuan yang disukai dan hias diatas pai. Sapu kuning telur dan taburkan bijan.

11. Bakar pada suhu 160-170C selama 1 jam, api bawah dulu 50 minit di rak tengah. Kemudian, tukar api atas saja 10 minit pada suhu 140C di rak paling bawah. Bakar hingga keperangan atau bergantung pada oven masing-masing.

12. Potong dan sedia dihidangkan panas-panas.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN