nasi lemak guna beras basmathi

Ramai tak tahu jika buat nasi lemak guna beras basmathi, nasi akan menjadi lebih tahan lama. Bukan saja rasa menjadi lebih sedap, nasi juga lebih cantik berderai.

Kalau nak tahu cara buat nasi lemak menggunakan beras basmathi, boleh ikut resipi perkongsian oleh Emy’s Bootiqs di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Nasi Lemak Guna Beras Basmathi

Rahsia nasi lemak sedap dan tahan lama, sambal kick sampai jilat pinggan. Resipi arwah mak.

Bahan-bahan nasi lemak:

  • Beras 4 pot kecil
  • Santan kotak 1 kotak / santan asli
  • Bawang besar hiris
  • Sedikit halba (supaya nasi tahan lama tak basi keesokan hari)
  • Halia (jika suka)
  • Garam secubit

Cara-cara masak nasi lemak:

1. Cuci dan rendam beras basmathi dengan air garam selama 30 minit. (kalau nak guna beras biasa pun sama je sukatan air + santan)

2. Masukkan beras basmathi dalam periuk tadi bersama santan, air secukupnya dan dengan hirisan bawang serta daun pandan. (Air saya masukkan macam biasa, masukkan santan sekotak & letak jari atas beras ikut ukuran jari telunjuk. 1 pot 1 garis jari, 2 pot 2 garis jari).

3. Tabur sedikit halba supaya nasi lemak tahan lama sehingga keesokan harinya tetap tak basi. Tanak nasi lemak seperti biasa.

nasi lemak guna beras basmathi

Resipi Sambal Berkilat Pedas Manis

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang kecil*
  • Udang kering secubit*
  • Cili Kering / cili giling instant puteri
  • Daun pandan
  • Gula Melaka hiris
  • Asam keping / air asam jawa

Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda (*). Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak menggunakan api kecil. Masukkan juga daun pandan untuk bau lebih wangi.

3. Masukkan air asam jawa atau asam keping bersama secubit garam, gula melaka dan sedikit air sampai berkilat.

nasi lemak guna beras basmathi

Selamat mencuba!

Kredit: Emy’s Bootiqs

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN