Kalau sedang mencari cara buat mini brownies yang sesuai untuk hidangan kecil, resipi ini menghasilkan brownies bersaiz comel dengan tekstur lembut dan rasa coklat yang cukup nikmat.
Menariknya, penggunaan mentega perang memberikan aroma yang lebih harum dan rasa yang sedikit berkaramel. Coklat bar serta cip coklat pula menjadikan rasa coklat lebih pekat dalam setiap gigitan.
Setiap mini brownies kemudian dilengkapkan dengan frosting yang lembut dan manis. Saiznya yang kecil juga menjadikannya sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut, kudapan petang, atau manisan untuk majlis.
Baca juga: Resipi Batik Brownies, Sekali Buat Dapat 2 Pencuci Mulut Kegemaran Dalam Satu Loyang!
CARA BUAT MINI BROWNIES

Bahan-bahan:
Lapisan Brownie
- 50 g serbuk koko asli
- 60 g coklat bar, dicincang
- 60 g tepung gandum
- Secubit garam
- 227 g mentega tanpa garam, dicairkan hingga perang
- 42 g minyak zaitun
- 110 g gula perang
- 190 g gula aising
- 3 biji telur besar, pada suhu bilik
- 1 sudu besar pes vanilla
- 100 g cip coklat semi manis
Frosting
- 60 g mentega, dilembutkan
- 100 g gula aising
- ½ sudu kecil esen vanilla
Cara penyediaan:
- Panaskan ketuhar pada suhu 175°C dan sediakan acuan kecil untuk brownie.
- Cairkan mentega tanpa garam sehingga bertukar warna perang dan mengeluarkan aroma wangi. Ketepikan seketika.
- Cairkan coklat bar, kemudian campurkan dengan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
- Dalam mangkuk, campurkan mentega perang, minyak zaitun, gula perang dan gula aising.
- Masukkan telur satu per satu sambil di kacau sehingga sebati, kemudian masukkan pes vanila.
- Tuangkan campuran coklat dan serbuk koko, lalu kacau sehingga adunan sekata.
- Ayak tepung gandum dan garam ke dalam adunan. Gaul perlahan sehingga sebati.
- Masukkan cip coklat dan gaul rata.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil, jangan isi terlalu penuh kerana brownie akan mengembang ketika dibakar.
- Bakar sehingga bahagian atas brownie kelihatan masak tetapi bahagian tengahnya masih sedikit lembut.
- Keluarkan dan biarkan brownie sejuk sepenuhnya sebelum dihias.
Untuk Frosting:
- Pukul mentega yang telah dilembutkan sehingga berkrim.
- Masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan vanila dan terus pukul sehingga frosting menjadi gebu.
- Sapukan atau paipkan frosting di atas brownie yang telah sejuk sebelum dihidangkan.
Sumber: Threads @trinamunchies
Baca juga: Cara Buat Kek Brownies Paling ‘Malas’, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Gebu & Moist!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

