lontong yang sedap

Siapa suka makan lontong? Mudah saja rupanya nak buat lontong yang sedap. Confirm tak puas makan kalau ikut resipi yang dikongsi oleh Fatimah Saari di bawah.

Sesuai masak untuk dimakan pada pagi hari raya. Satu keluarga pasti suka, selamat mencuba ya!

Artikel berkaitan: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni

RESIPI LONTONG YANG SEDAP

Bahan-bahan A:

  • Bawang merah 7 ulas
  • Serai 2 batang
  • Lengkuas 2 hiris nipis
  • Halia 2 hiris nipis
  • Udang kering 2 sb
  • Ikan bilis segenggam
  • Buah keras 1 biji
  • Kunyit hidup besar ibu jari

Bahan-bahan lain:

  • Udang segar
  • Kubis
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Kentang
  • Soohun & fucuk
  • Bahan perasa
  • Santan kotak

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar hancur semua bahan-bahan A. Satukan dalam periuk bersama santan dan air.
  2. Masak sehingga mendidih dan masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu seperti kentang dan carrot.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan baki sayuran yang lain beserta udang.
  5. Bila sayur dah agak lembut, boleh tutup api.

RESIPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • Bawang besar 3 biji
  • Bawang besar 1 biji dimayang
  • Cili kering siap kisar 3 senduk nasi
  • Daun pandan
  • Ikan bilis 2 genggam
  • Air asam jawa sedikit
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang sudah siap dikisar dan mayang bersaman daun pandan.
  2. Bila warna dah agak kekuningan, masukkan cili kisar serta gula dan air asam.
  3. Tumis sehingga sambal bertukar warna sedikit gelap.
  4. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam serta gula.

Siap untuk dihidangkan bersama nasi impit dan telur rebus.

lontong yang sedap

Kredit: Fatimah Saari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN