garam pink

Ramai antara kita tak pernah kisah pun pasal jenis garam. Janji rasa masin, itu dah cukup! Tapi sebenarnya, garam putih dan garam bukit pink tak sama.

Sekarang makin ramai orang mula tukar ke garam bukit sebab katanya lebih semula jadi dan ada mineral baik untuk badan. Tapi betul ke?

Kalau selalu guna garam putih kat dapur, elok juga kita tahu apa beza dua-dua ini. Rasa sama atau tak, mana lagi sesuai untuk masakan harian dan mana satu lebih baik untuk kesihatan.

Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Gula Melaka & Gula Kabung Yang Ramai Keliru

PERBEZAAN GARAM PINK DAN GARAM PUTIH

garam pink

1. Asal & Proses Penghasilan

Garam mineral:

Garam bukit atau garam mineral seperti garam Himalaya, biasanya diperoleh secara semula jadi daripada lombong garam atau kristal garam lama.

Garam jenis ini selalunya tidak diproses terlalu banyak, jadi ia masih mengekalkan mineral semula jadi yang baik untuk badan seperti magnesium, kalsium dan potasium.

Selain garam bukit, garam laut kasar juga termasuk dalam kumpulan ini kerana ia lebih semula jadi dan kurang melalui proses penapisan.

Garam putih biasa:

Garam putih pula dihasilkan daripada garam laut atau batuan garam yang diproses halus. Kebanyakan garam putih juga ditambah bahan anti-ketulan supaya tidak mudah berketul walaupun disimpan lama.

Selain itu, ada juga garam putih yang diperkaya dengan iodin untuk membantu mencegah masalah kekurangan iodin dalam badan.

2. Kandungan Mineral

Garam mineral:

Garam bukit mengandungi mineral semula jadi seperti kalsium, magnesium, kalium dan zat besi. Kandungan natrium dalam garam bukit juga sedikit lebih rendah berbanding garam putih biasa. Sebab itu rasanya terasa kurang masin tetapi tetap sedap digunakan dalam masakan.

Garam putih biasa:

Garam putih biasa mengandungi hampir 97 hingga 99% natrium klorida. Sebab itu rasanya lebih masin. Kebanyakan mineral semula jadi sudah disingkirkan semasa proses pemurnian dan hanya iodin ditambah untuk mencegah masalah kekurangan iodin.

3. Rasa & Tekstur

Garam mineral:

Garam mineral mempunyai rasa yang lebih halus dan sedikit kompleks kerana masih mengandungi mineral tambahan. Teksturnya biasanya lebih kasar dan tidak mudah larut seperti garam putih biasa.

Garam putih biasa:

Sementara itu, garam putih biasa mempunyai rasa yang lebih tajam dan masin disebabkan kandungan natriumnya yang tinggi. Teksturnya sangat halus dan mudah larut dalam makanan, sebab itu ia selalu digunakan untuk masakan harian.

4. Beza Warna Garam Pink & Garam Putih

Garam mineral:

Garam mineral biasanya mempunyai warna semula jadi seperti merah jambu (contohnya garam Himalaya), kelabu (seperti garam laut) atau putih kekuningan. Warna ini datang daripada kandungan mineral semula jadi yang masih ada di dalamnya.

Garam putih biasa:

Garam putih biasa pula berwarna putih bersih kerana telah melalui proses pemutihan dan pemurnian yang membuang mineral lain, jadi warnanya lebih sekata dan cerah.

5. Manfaat Kesihatan

Garam mineral:

Garam mineral mengandungi mineral semula jadi seperti magnesium dan kalium yang boleh membantu menyokong keseimbangan elektrolit serta fungsi tubuh secara keseluruhan.

Garam putih biasa:

Sementara itu, garam putih biasa biasanya diperkaya dengan iodin, iaitu mineral penting untuk menjaga fungsi kelenjar tiroid. Namun, kandungan natriumnya yang tinggi boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi jika diambil berlebihan.

Oleh itu, apa kata kita mula tukar ke garam bukit atau garam laut yang kurang diproses. Garam jenis ini masih mengandungi mineral penting yang baik untuk badan berbanding garam putih biasa.

Lagipun, sekarang harga garam bukit pun dah semakin mampu milik dan tak banyak beza dengan harga garam putih. Jadi, lebih baik pilih yang lebih berkhasiat untuk kegunaan harian.

Sumber: Tim Greenturae

Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN