Categories: Resipi

Resipi Kuih Kalakatar Tradisional Banjar, Rasa Lembut & Wangi Pasti Buat Semua Terpikat!

Bagi yang suka mencuba kuih tradisional yang ‘rare’, kalakatar memang sesuai untuk dicuba di rumah. Resepi ini mudah diikuti, bahan-bahannya juga tidak terlalu rumit, malah boleh diubah suai mengikut cita rasa sendiri, contohnya menambah lebih isi kelapa muda untuk rasa lebih lemak dan wangi.

Selain sesuai untuk minum petang, kuih kalakatar juga boleh dijadikan hidangan istimewa untuk tetamu atau jamuan keluarga. Rasa manis, wangi santan dan kelembutan kuih ini pasti memikat hati semua peringkat umur, menjadikannya antara kuih tradisional yang patut dicuba dan dikongsi.

Baca juga: Resipi Kuih Cara Crispy Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sebiji Tak Cukup!

CARA BUAT KUIH KALAKATAR

Bahan-bahan:

  • ½ cawan gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu besar mentega (optional)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air kelapa muda
  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 ½ cawan isi kelapa muda

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul gula, telur, mentega dan garam sehingga kembang. Boleh gunakan pengadun atau blender.
  2. Masukkan santan dan air kelapa muda, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan semua jenis tepung (tepung beras, tepung gandum, tepung jagung) dan kacau hingga rata.
  3. Tapis adunan ke dalam periuk untuk mengelakkan ketulan tepung.
  4. Masukkan 1 cawan isi kelapa muda, buka api sederhana dan kacau sehingga adunan sedikit pekat.
  5. Sediakan loyang 7 inci, sapu sedikit mentega pada permukaan loyang. Tuang adunan, kemudian taburkan baki ½ cawan isi kelapa muda di atas adunan dan ratakan.
  6. Panaskan oven pada 180°C, bakar selama 1 jam dengan api atas dan bawah. Masa bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Jika suka bahagian atas lebih garing, boleh bakar tambahan 10 minit menggunakan api atas sahaja.
  8. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tip: Jika mahu lebih sedap, boleh lebihkan lagi isi kelapa muda. Semakin banyak kelapa, rasa kuih lebih lemak dan wangi.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago