
Kuih Kalakatar adalah antara kuih tradisional masyarakat Banjar yang jarang ditemui. Kuih ini terkenal dengan rasa santan yang lemak, manis gula dan tekstur lembut yang unik. Walaupun bukan seperti kuih yang selalu kita makan, ia mempunyai kelainan tersendiri yang membuatkan sesiapa pun ingin mencubanya.
Bagi yang suka mencuba kuih tradisional yang ‘rare’, kalakatar memang sesuai untuk dicuba di rumah. Resepi ini mudah diikuti, bahan-bahannya juga tidak terlalu rumit, malah boleh diubah suai mengikut cita rasa sendiri, contohnya menambah lebih isi kelapa muda untuk rasa lebih lemak dan wangi.
Selain sesuai untuk minum petang, kuih kalakatar juga boleh dijadikan hidangan istimewa untuk tetamu atau jamuan keluarga. Rasa manis, wangi santan dan kelembutan kuih ini pasti memikat hati semua peringkat umur, menjadikannya antara kuih tradisional yang patut dicuba dan dikongsi.
Baca juga: Resipi Kuih Cara Crispy Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sebiji Tak Cukup!
CARA BUAT KUIH KALAKATAR

Bahan-bahan:
- ½ cawan gula
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu besar mentega (optional)
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air kelapa muda
- 1 ½ cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 ½ cawan isi kelapa muda
Cara-cara penyediaan:
- Pukul gula, telur, mentega dan garam sehingga kembang. Boleh gunakan pengadun atau blender.
- Masukkan santan dan air kelapa muda, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan semua jenis tepung (tepung beras, tepung gandum, tepung jagung) dan kacau hingga rata.
- Tapis adunan ke dalam periuk untuk mengelakkan ketulan tepung.
- Masukkan 1 cawan isi kelapa muda, buka api sederhana dan kacau sehingga adunan sedikit pekat.
- Sediakan loyang 7 inci, sapu sedikit mentega pada permukaan loyang. Tuang adunan, kemudian taburkan baki ½ cawan isi kelapa muda di atas adunan dan ratakan.
- Panaskan oven pada 180°C, bakar selama 1 jam dengan api atas dan bawah. Masa bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Jika suka bahagian atas lebih garing, boleh bakar tambahan 10 minit menggunakan api atas sahaja.
- Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Tip: Jika mahu lebih sedap, boleh lebihkan lagi isi kelapa muda. Semakin banyak kelapa, rasa kuih lebih lemak dan wangi.
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














