Rupanya tak susah pun nak hasilkan inti kacang merah secara homemade. Hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah untuk didapati di kedai atau pasar raya.
Buat banyak terus, senang bila nak buat pau, roti goreng, roti bun, kuih bom dan bermacam-macam lagi kuih lain yang menggunakan inti kacang merah ini.
Bila dah pandai buat sendiri, tak perlu beli dah. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ini boleh dicuba.
1. Guna kacang merah biji kecil macam ni, bukan yang besar lonjong.
2. Basuh bersih kacang. Rendam semalam. Bila dah siap rendam, basuh dan bilas.
3. Rebus kacang merah bersama daun pandan sehingga betul-betul empuk dan lembut.
4. Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.
5. Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.
6. Guna nisan kerek sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentu bulu itu. Gula kerek juga senang larut berbanding gula pasir.
7. Sejukkan sebelum disimpan. Selamat mencuba!
Kredit: Marlia Lia
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…