Categories: Resipi

Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Tetap Lembut Walaupun Sejuk!

Aroma harum apabila cucur digoreng panas-panas, memang memikat selera. Lebih-lebih lagi apabila dapat tahu cara buat Cucur Jagung sedap di rumah, seronok tak terhingga.

Cara buat Cucur Jagung  taklah susah mana kerana bahannya mudah didapati dan teknik juga ringkas. Paling penting, tahu cara bancuh adunan supaya hasilnya jadi lembut di dalam tapi rangup di luar.

Yatie Rahim telah tunjukkan cara buat Cucur Jagung di Facebook yang mudah bersama lengkap dengan tips kecil yang membuatkan cucur jadi lebih sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Cucur Kentang Guna 3 Bahan, Tetap Sedap & Rangup Walaupun Sejuk!

CARA BUAT CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Jagung manis segar (dipotong dari tongkol)
  • Udang sederhana (dibuang kulit dan cuci bersih, ikut suka, lebih banyak lebih sedap)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • Daun kucai (dipotong 2 hingga 3 cm)
  • Cili hidup (dihiris serong, ikut pedas yang digemari)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (pilihan, jangan banyak)
  • Air sejuk dari peti ais secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum. Gaul bersama garam dan sedikit serbuk perasa.

2. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit, kacau sampai adunan agak cair tapi tak terlalu pekat. Adunan cair inilah yang akan buat cucur lebih lembut.

3. Masukkan semua bahan iaitu jagung, udang, bawang besar, daun kucai dan cili hidup. Gaul rata.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil sedikit minyak panas, masukkan dalam adunan dan gaul. Tips ini akan buatkan cucur lebih gebu, rangup luar lembut dalam.

5. Apabila minyak betul-betul panas, ceduk adunan dengan sudu dan tuang perlahan ke dalam minyak.

6. Akhir sekali, goreng sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dinikmati!

Tips tambahan:

  • Gunakan jagung mentah terus dari tongkol. Apabila digoreng, ia akan masak sendiri dan rasa lebih manis serta bertekstur rapuh.
  • Jangan buat adunan terlalu pekat, nanti cucur jadi keras. Biar adunan cair sikit, hasilnya lembut walaupun sudah sejuk.
  • Nak lebih sedap, cicah curu dengan sos cili dan mayonis atau buat kuah kacang. Pasti bertambah-tambah makan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Yatie Rahim

Baca juga: Tips Cucur Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai!

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago