tips cucur rangup

Tak kira cucur bilis, cucur udang, cucur jagung atau cucur sayur, semuanya sedap dimakan panas-panas. Sebelum membuatnya, anda perlu tahu beberapa tips cucur rangup di luar dan lembut di dalam.

Apabila buat sendiri, kadangkala cucur jadi terlalu keras atau berminyak. Ramai tak tahu, rahsia cucur yang menjadi adalah pada bancuhan adunan dan cara menggoreng.

Jika salah teknik, cucur memang susah nak kekal rangup. Jadi, anda boleh gunakan tips cucur rangup di luar dan lembut di dalam yang kami kongsikan di bawah ini.

Baca juga: Petua Goreng Ikan Keli Lurus & Tak Bengkok, Ini Tips Paling ‘Rare’ Tapi Menjadi!

TIPS CUCUR RANGUP DI LUAR DAN LEMBUT DI DALAM

tips cucur rangup

1. GUNAKAN AIR PANAS ATAU SUAM.

Bancuh adunan dengan air panas atau air suam. Ini adalah tips utama untuk memastikan cucur rangup di luar dan lembut di dalam.

2. GUNAKAN BAHAN TAMBAHAN.

Masukkan serbuk penaik ke dalam adunan. Serbuk penaik membantu menghasilkan cucur yang lembut dan gebu di dalam.

Selain itu, boleh gunakan tepung beras atau tepung jagung bersama tepung gandum. Tepung beras atau jagung juga membantu menambah kerangupan pada cucur.

3. PASTIKAN MINYAK BETUL-BETUL PANAS SEBELUM GORENG.

Pastikan minyak sudah panas sebelum menggoreng cucur. Minyak yang tak cukup panas akan menyebabkan cucur menyerap banyak minyak dan menjadi lembap.

tips cucur rangup

4. JANGAN MASUKKAN CUCUR TERLALU BANYAK.

Elakkan untuk masukkan cucur ke dalam kuali terlalu banyak pada satu-satu masa. Ini kerana ia boleh menyebabkan suhu minyak turun secara drastik.

5. KAWAL API SEMASA MENGGORENG.

Semasa menggoreng, pastikan untuk sentiasa kawal api. Setelah cucur separuh masak, anda boleh naikkan sedikit api dan kerap mengacau untuk membantu cucur lebih rangup.

6. TAPIS CUCUR SUPAYA TAK SERAP MINYAK.

Akhir sekali, tapis cucur di atas kertas tisu atau rak pengeringan selepas diangkat dari minyak untuk menyerap lebihan minyak.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: YouTube AINUL RAUDHAH

Sumber: hasyahassan

Baca juga: Wanita Kongsi Tips Masak Kerang Turun-Temurun Dari Ibu, Isi Bersih & Terbuka Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN