
Aroma harum apabila cucur digoreng panas-panas, memang memikat selera. Lebih-lebih lagi apabila dapat tahu cara buat Cucur Jagung sedap di rumah, seronok tak terhingga.
Cara buat Cucur Jagung taklah susah mana kerana bahannya mudah didapati dan teknik juga ringkas. Paling penting, tahu cara bancuh adunan supaya hasilnya jadi lembut di dalam tapi rangup di luar.
Yatie Rahim telah tunjukkan cara buat Cucur Jagung di Facebook yang mudah bersama lengkap dengan tips kecil yang membuatkan cucur jadi lebih sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Cucur Kentang Guna 3 Bahan, Tetap Sedap & Rangup Walaupun Sejuk!
CARA BUAT CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- Jagung manis segar (dipotong dari tongkol)
- Udang sederhana (dibuang kulit dan cuci bersih, ikut suka, lebih banyak lebih sedap)
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- Daun kucai (dipotong 2 hingga 3 cm)
- Cili hidup (dihiris serong, ikut pedas yang digemari)
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa (pilihan, jangan banyak)
- Air sejuk dari peti ais secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara membuat:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum. Gaul bersama garam dan sedikit serbuk perasa.

2. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit, kacau sampai adunan agak cair tapi tak terlalu pekat. Adunan cair inilah yang akan buat cucur lebih lembut.
3. Masukkan semua bahan iaitu jagung, udang, bawang besar, daun kucai dan cili hidup. Gaul rata.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil sedikit minyak panas, masukkan dalam adunan dan gaul. Tips ini akan buatkan cucur lebih gebu, rangup luar lembut dalam.
5. Apabila minyak betul-betul panas, ceduk adunan dengan sudu dan tuang perlahan ke dalam minyak.
6. Akhir sekali, goreng sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dinikmati!

Tips tambahan:
- Gunakan jagung mentah terus dari tongkol. Apabila digoreng, ia akan masak sendiri dan rasa lebih manis serta bertekstur rapuh.
- Jangan buat adunan terlalu pekat, nanti cucur jadi keras. Biar adunan cair sikit, hasilnya lembut walaupun sudah sejuk.
- Nak lebih sedap, cicah curu dengan sos cili dan mayonis atau buat kuah kacang. Pasti bertambah-tambah makan nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Yatie Rahim
Baca juga: Tips Cucur Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














