cara buat cucur kentang

Pagi-pagi nak bersarapan, mesti kita suka benda yang simple tapi mengenyangkan. Jika asyik makan roti, apa kata cuba cara buat Cucur Kentang dengan 3 bahan ini pula di rumah.

Cucur Kentang ini lembut di dalam dan rangup di luar, jadi makan panas-panas memang layan. Boleh cicah dengan sos atau makan kosong saja sudah cukup sedap.

Cara buat Cucur Kentang yang dikongsikan oleh Chumily di Facebook ini memang sesuai untuk sarapan atau minum petang kerana mudah disediakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Cucur Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai!

CARA BUAT CUCUR KENTANG

cara buat cucur kentang

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, rebuskan ubi kentang sampai lembut.

2. Toskan kentang yang direbus, kemudian lenyekkan sampai halus.

3. Kemudian, masukkan sedikit garam dan gaul rata.

4. Selepas itu, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, uli sampai jadi doh.

5. Seterusnya, bulatkan doh menjadi bentuk kecil atau bulat.

6. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sampai keemasan. Siap untuk dinikmati!

Tips tambahan dalam resipi ini:

  • Boleh tambah daun bawang cincang untuk aroma lebih harum.
  • Jika nak lebih rangup, pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan doh.
  • Sesuai juga disimpan sejuk beku, pagi-pagi tinggal goreng saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Chumily

Baca juga: Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup, Makan Panas-Panas Memang Layan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN