
Ramai antara kita ada kuali lama di rumah yang penuh dengan kenangan. Walaupun rupanya sudah hitam legam dan nampak usang, sayang pula nak buang sebab kuali lama biasanya lebih tahan lama dan sedap digunakan untuk memasak.
Ada seorang pengguna Facebook berkongsi kisah ‘kuali legend’ milik arwah mamanya yang sudah berusia 17 tahun. Disebabkan adik-adik masih kecil dan kurang menyental kuali setiap kali mencuci, lama-lama kuali pun jadi hitam dan melekat kotoran minyak.
Jika ada yang alami situasi yang sama, beliau kongsikan cara mudah untuk kembalikan seri kuali legend supaya nampak bersih berkilat semula!
Baca juga: Cara Kilatkan Sudu Garfu Guna Bahan Dapur, Terus Nampak Macam Baru!
Petua Bersihkan Kuali Lama, Hitam Legam Pun Boleh Jadi Berkilat!

Berikut cara yang boleh anda cuba di rumah:
1. Jemur kuali di bawah matahari
Sebelum mula menyental, jemur dulu kuali dalam dua hingga tiga jam di bawah cahaya matahari. Proses ini membantu melembutkan kotoran minyak yang melekat, jadi lebih mudah dikikis dengan pisau.
2. Sediakan campuran sabun dan soda bikarbonat
Ambil sedikit sabun cuci pinggan, sabun cuci kain dan soda bikarbonat. Satukan semua bahan ini dalam satu bekas, kacau rata, kemudian gunakan campuran tersebut untuk mencuci. Gabungan ini sangat berkesan menanggalkan kotoran degil.
3. Sental dengan sabar dan hati yang tenang
Gunakan berus dawai atau span kasar untuk menyental kuali. Dalam beberapa minit sahaja, insyaAllah kuali akan nampak lebih bersih, berkilat dan sedap mata memandang.
Walaupun kuali lama mungkin nampak usang, nilainya bukan pada rupa, tetapi pada kenangan yang ada bersama keluarga. Lagi-lagi kalau ia pernah digunakan oleh insan tersayang. Dengan sedikit usaha, kuali legend boleh kembali bersih dan terus digunakan untuk masakan harian.
Kalau anda ada kuali legend ini di rumah, bolehlah cuba petua ini. Bukan saja kuali kembali cantik, hati pun rasa puas bila tengok hasilnya!
Sumber: Ikmal Shafwan Mohammad
Baca juga: Cara Simpan Air Kelapa Supaya Tak Cepat Masam & Berbau, Confirm Rasa Segar Kekal Lama!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














