Categories: Tips & Petua

Cara Buat Cili Kisar Tahan Berbulan-Bulan & Tak Berkulat, Patutlah Ramai Dah Cuba Cara Ini!

Cara buat cili kering kisar tahan lama sebenarnya sangat penting untuk memudahkan kerja memasak harian di dapur. Kalau setiap kali nak masak kena rendam dan kisar cili, memang makan masa. Sebab itu ramai yang suka buat stok siap-siap, lebih praktikal dan jimat tenaga.

Dalam rutin harian yang sibuk, terutama bagi yang bekerja atau ada anak kecil, cili kisar memang antara bahan wajib ada dalam peti ais. Bila nak masak sambal, tumis atau apa sahaja hidangan berempah, terus ceduk dan guna saja. Tak perlu fikir panjang.

Menariknya, ada teknik yang betul untuk pastikan cili kisar tahan lama tanpa berkulat atau rosak. Dengan jaga kebersihan dan ikut langkah yang betul, cili kisar boleh tahan berbulan-bulan dalam chiller dan kekal segar sampai habis digunakan.

Baca juga: Udang Masak Sambal Nampak Kecut? Chef Ini Kongsi Petua Siang Supaya Nampak ‘Gemuk’ & Cantik!

CARA BUAT CILI KERING KISAR TAHAN LAMA BERBULAN-BULAN

Bahan-bahan:

  • Cili kering (ikut keperluan)
  • Bawang merah (secukupnya)
  • Bawang putih (secukupnya)
  • Garam kasar (anggaran 1/2 hingga 1 sudu)
  • Minyak masak
  • Air bersih (air tapis/mineral)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gunting cili kering untuk keluarkan biji. Ini memudahkan proses mencuci dan mengurangkan rasa pahit.
  2. Basuh cili kering di bawah air paip sambil diramas perlahan-lahan. Ulang bilasan sebanyak 4 hingga 5 kali sehingga air tidak lagi terlalu keruh. Buang biji yang terkeluar.
  3. Untuk bilasan terakhir, gunakan air bersih (air tapis atau mineral) tanpa perlu meramas cili.
  4. Masukkan cili ke dalam periuk dan rebus dengan air bersih sehingga cili menjadi lembut.
  5. Sementara menunggu cili lembut, kupas bawang merah dan bawang putih. Basuh bersih dan potong kecil untuk memudahkan proses kisar.
  6. Setelah cili lembut, buang air rebusan dan bilas sekali lagi dengan air bersih untuk menyejukkan cili. Tapis hingga kering.
  7. Masukkan cili bersama bawang ke dalam pengisar.
  8. Tambahkan garam kasar. Garam membantu melambatkan pertumbuhan bakteria.
  9. Masukkan minyak masak dan sedikit air. Nisbah boleh ikut kesesuaian, sama ada separuh minyak separuh air atau lebihkan minyak untuk ketahanan lebih lama.
  10. Kisar sehingga halus dan mencapai tekstur yang diingini.
  11. Tuang cili kisar ke dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering.

Cili kisar yang dihasilkan dengan cara ini boleh tahan lama dalam peti ais tanpa berkulat, asalkan kebersihan dijaga dari awal hingga akhir. Pastikan juga setiap kali mengambil cili kisar, gunakan sudu yang bersih dan kering untuk elakkan pencemaran.

Dengan teknik mudah ini, kerja memasak jadi lebih cepat dan teratur. Sekali buat, boleh guna untuk pelbagai hidangan harian tanpa risau cili cepat rosak. Selamat mencuba!

Sumber: Thread @sheerospanks

Baca juga: Cara Rebus Sagu Supaya Jernih Sempurna & Tak Melekat, Baru Jadi Cantik Macam Mutiara

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

6 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

6 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

7 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

7 hours ago