cekodok pisang resepi

Ada yang suka cekodok pisang tetapi kurang gemar apabila hasilnya terlalu berminyak? Cekodok pisang resepi ini boleh dicuba kerana menggunakan nisbah mudah yang membantu menghasilkan cekodok rangup di luar dan lembut di dalam.

Menerusi perkongsian Salbiah Ahamad di Facebook, rahsianya bukan pada banyak bahan, tetapi pada sukatan pisang dan tepung serta cara menggoreng yang betul. Tak perlu timbang pun, hanya gunakan cawan sebagai sukatan.

Baca juga: Tips Lempeng Lembut & Berongga Elok, Wanita Ini Kongsi Teknik Mudah Selepas Cuba Sendiri

CEKODOK PISANG RESEPI TAK SERAP MINYAK

cekodok pisang resepi

Rahsia utama resipi ini ialah menggunakan nisbah 2 cawan pisang kepada 1 cawan tepung gandum. Nisbah ini mudah anda ingat dan tidak memerlukan sukatan yang rumit.

Selain itu, minyak perlu dipastikan benar-benar panas sebelum adunan dimasukkan. Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa kerana suhu minyak boleh turun dan menyebabkan cekodok menyerap lebih banyak minyak.

Bahan-Bahan:

Cara-Cara Penyediaan:

1. Lenyek pisang

Masukkan pisang ke dalam mangkuk dan lenyek sehingga hancur.

2. Campurkan bahan

Masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut. Gaul sehingga semua bahan sebati dan menjadi adunan cekodok.

3. Panaskan minyak

Panaskan minyak dengan secukupnya sehingga betul-betul panas. Elakkan memasukkan adunan ketika minyak masih suam.

4. Goreng cekodok

Cedok adunan dan masukkan ke dalam minyak panas. Jangan masukkan terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu minyak tidak turun mendadak.

5. Balik-balikkan

Semasa menggoreng, sentiasa balik-balikkan cekodok supaya masak sekata dan warnanya cantik.

6. Toskan

Apabila cekodok sudah keperangan, angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Hasilnya, cekodok pisang mempunyai bahagian luar yang rangup dengan bahagian dalam yang lembut. Penambahan kelapa parut pula memberikan aroma dan rasa yang lebih klasik.

Tips Cekodok Pisang Tak Serap Minyak

  • Gunakan pisang yang sudah masak atau terlebih masak.
  • Ikut nisbah 2 cawan pisang : 1 cawan tepung gandum.
  • Pastikan minyak benar-benar panas sebelum mula menggoreng.
  • Jangan masukkan terlalu banyak cekodok dalam kuali pada satu masa.
  • Sentiasa balik-balikkan cekodok supaya masak sekata.
  • Tambahkan kelapa parut untuk rasa yang lebih harum.
  • Jangan goreng menggunakan api terlalu perlahan kerana cekodok boleh menyerap lebih banyak minyak.

Kalau ada pisang yang sudah terlebih masak di rumah, jangan terus buang. Cuba buat cekodok pisang menggunakan resipi mudah ini. Mana tahu, sekali cuba terus jadi kegemaran keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Salbiah Ahamad

Baca juga: Resepi Cucur Jagung Manis 5 Bahan, Makan Panas-Panas Dengan Kopi Memang Ngam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN