Masalah kutu tepung memang boleh buat rasa geli bila nampak serangga kecil mula bergerak dalam tepung yang disimpan di dapur. Lagi geram kalau tepung baru beli, tetapi selepas beberapa minggu sudah nampak tanda-tanda berkutu.
Sebenarnya, kutu atau serangga perosak makanan kering bukan semestinya muncul kerana dapur kotor. Ia juga boleh terbawa masuk melalui produk yang dibeli sebelum disimpan di rumah. Tepung, beras, bijirin, pasta dan bahan makanan kering lain boleh menjadi sasaran.
Sebab itu, cara menyimpan tepung selepas dibeli tidak boleh dipandang ringan. Kalau mahu kurangkan risiko kutu tepung muncul, ada beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan bermula daripada masa membeli sehinggalah cara menyimpan stok di dapur.
Baca juga: Petua Pilih Tomato, Yang Merah Oren Tanda Dah Masak & ‘Topi’ Hijau Tanda Isi Padat
6 CARA ELAK KUTU DALAM TEPUNG

1. Pindahkan Tepung Ke Dalam Bekas Kedap Udara
Sebaik sahaja bungkusan tepung dibuka, pindahkan baki tepung ke dalam bekas yang mempunyai penutup rapat. Bekas kedap udara dapat membantu menghalang serangga daripada masuk ke dalam tepung.
Ia juga mengurangkan risiko serangga daripada satu bahan makanan merebak ke bahan lain yang disimpan berdekatan. Pastikan bekas benar-benar bersih dan kering sebelum digunakan. Jangan masukkan tepung ke dalam bekas yang masih mempunyai sisa tepung lama.
2. Jangan Campur Tepung Baru Dengan Baki Tepung Lama
Ini antara perkara yang mudah terlepas pandang. Kalau masih ada tepung lama dalam bekas, jangan terus tuang pek tepung baru ke atasnya. Habiskan dahulu tepung lama, kemudian cuci bekas.
Pastikan bekas kering sepenuhnya sebelum digunakan semula. Cara ini bukan sahaja memudahkan kawalan stok, malah lebih senang untuk periksa keadaan tepung jika ada perubahan.
3. Periksa Tepung Sebelum Dibeli
Sebelum masukkan tepung ke dalam troli, periksa keadaan bungkusannya. Elakkan pek yang koyak, berlubang atau kelihatan rosak. Kalau nampak serangga kecil, kesan seperti serbuk yang pelik atau tanda kerosakan pada bungkusan, lebih baik pilih pek lain.
Serangga perosak makanan kering boleh berada dalam produk sejak sebelum ia sampai ke rumah, jadi pemeriksaan awal boleh membantu mengurangkan risiko membawa pulang bahan yang sudah tercemar.
4. Jangan Simpan Tepung Terlalu Lama
Kalau jarang membuat kuih, kek atau roti, elakkan membeli tepung dalam kuantiti terlalu banyak. Beli mengikut keperluan dan cuba gunakan stok lama terlebih dahulu sebelum membuka pek baru.
Lagi lama bahan makanan kering disimpan, lagi banyak peluang untuk masalah serangga berlaku. Sistem mudah seperti ‘first in, first out’ boleh diamalkan. Letakkan tepung yang dibeli dahulu di bahagian depan supaya digunakan terlebih dahulu.
5. Bersihkan Kabinet Secara Berkala
Jangan tunggu sampai nampak kutu baru hendak bersihkan kabinet dapur. Tepung yang tertumpah atau sisa makanan kering yang terselit di celah rak boleh menjadi tempat serangga bersembunyi.
Jadi, kosongkan kabinet dari semasa ke semasa dan bersihkan bahagian penjuru, celah serta rekahan kecil. Pastikan kawasan penyimpanan benar-benar kering sebelum memasukkan semula bahan makanan.
6. Simpan Tepung Di Tempat Yang Sesuai
Pilih tempat penyimpanan yang kering, bersih dan tidak terdedah kepada kelembapan. Untuk tepung yang jarang digunakan, penyimpanan dalam peti sejuk atau peti beku juga boleh dipertimbangkan.
Suhu rendah dapat membantu mengurangkan risiko serangga perosak makanan kering. Jika mahu menyimpan tepung pada suhu bilik, pastikan bekasnya bertutup rapat dan tidak diletakkan terlalu lama tanpa diperiksa.
Sumber: PennState Extension
Baca juga: Kayu, Plastik Atau Buluh? Ini 10 Tip Pilih Papan Pemotong Yang Tepat.. Jangan Asal Cantik Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

