Categories: Resipi

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa yang ringkas tetapi tetap menyelerakan. Sajian ini juga boleh disediakan sebagai menu sarapan atau hidangan tengah hari.

Keistimewaan bihun Singapore terletak pada rasanya yang tidak terlalu berat, dengan aroma udang kering dan lada hitam yang menaikkan selera. Setiap bahan melengkapi antara satu sama lain untuk menghasilkan rasa yang seimbang.

Resipi ini turut menggunakan telur dan sayur sawi sebagai pelengkap hidangan. Cara penyediaannya juga tidak memerlukan banyak langkah, menjadikannya pilihan praktikal apabila ingin menyediakan hidangan yang mengenyangkan.

Baca juga: Resipi Bihun Sup Tumis Kuah Berempah & Pedas, Kalau Pagi Hujan Memang ‘Ngam’ Makan!

CARA BUAT BIHUN SINGAPORE

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • Bihun, direndam sehingga lembut
  • 1 genggam udang kering
  • Air secukupnya
  • 2 biji telur, digoreng hancur terlebih dahulu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Sayur sawi secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk bersama udang kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan air secukupnya, kemudian perasakan dengan sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan bihun yang telah direndam. Gaul rata supaya bihun menyerap perasa dengan baik.
  5. Masukkan telur yang telah digoreng hancur dan sayur sawi.
  6. Gaul sehingga semua bahan sebati dan sayur layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @masakan_ainul19

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Kampung Putih, Tak Perlu Setitik Kicap… Cili Tumbuk Jadi Rahsia!

Izzati

Recent Posts

Tak Perlu Risau Lagi.. Gardenia Tampil Beri Penjelasan Isu Tular, Ujian Makmal Sahkan Produk Patuhi Piawaian

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru…

8 minutes ago

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

16 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

17 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

17 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

17 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

19 hours ago