bawang goreng garingJika sebelum ini kita asyik beli je. Kali ini apa kata jom kita cuba buat sendiri bawang goreng. Rupanya tak susah mana pun nak buat sendiri bawang goreng garing di rumah.

Tapi pastikan letak 1 bahan yang dikongsikan di bawah supaya bawang goreng menajdi lebih rangup. Kalau tiada bahan ini, bawang goreng akan menjadi tidak sedap.

Saurdari Nur Aida Md Zainuddin ada berkongsikan cara-cara membuat bawang goreng yang sama sedap macam kita beli di kedai. 

Kalau dah pandai buat, boleh dibuat jualan pula. Boleh dijadikan pendapatan sampingan. Jom cuba!

Baca juga: Tips Buat Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Tahan 2 Bulan Tak Bertukar Ungu

RESIPI BAWANG GORENG GARING

Bahan-bahan:

  • Bawang merah kecil
  • Sedikit garam
  • Tepung beras
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Kupas bawang, basuh bersih dan toskan. Kemudian hiris nipis bawang merah kecil. Boleh lihat contoh seperti gambar di bawah.

bawang goreng garing

2. Panaskan minyak dalam kuali, sambil itu masukkan sedikit garam dan tepung beras dalam bawang tadi. Nipis-nipis saja supaya rangup (tepung beras jangan banyak).

3. Goreng bawang sehingga menjadi keperang-perangan.

bawang goreng garing

4. Angkat dan toskan buang minyak supaya garing.

bawang goreng garing

5. Simpan dalam bekas tertutup, siap!

Kredit: Nur Aida Md Zainuddin

Baca juga: Cara Mudah Buat Bawang Putih Goreng Yang Crunchy & Tak Pahit

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN