Categories: Resipi

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat. Penambahan kangkung memberikan kelainan pada hidangan ini, terutama dengan teksturnya yang rangup dan rasanya yang segar.

Kangkung bukan sekadar pelengkap, malah memberikan kontras tekstur dengan ayam yang digoreng. Rasa pedas dan sedikit masam daripada sambal pula menjadikan gabungan ini lebih menyelerakan.

Untuk mengekalkan tekstur kangkung, masukkan pada peringkat akhir dan gaul sekejap sahaja. Dengan cara ini, kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup apabila dimakan.

Baca juga: Cara Buat Sambal Ayam Stail Orang Dulu, Sambal Pekat Berkilat Buat Makan Bertambah Nasi!

CARA BUAT AYAM SAMBAL KANGKUNG

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 keping asam keping atau asam jawa secukupnya
  • Kangkung secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan 2 sudu besar serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam hingga rata.
  2. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga halus.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Tambahkan air sebanyak 2 hingga 3 kali supaya sambal masak sepenuhnya.
  5. Masukkan asam keping atau asam jawa. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  6. Masukkan ayam goreng dan kangkung. Gaul sekejap sahaja supaya kangkung kekal rangup dan tidak terlalu lembik.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Threads @aish4hismail

Baca juga: Rahsia Sambal Ayam Berkuah Pekat & Memikat Selera, Rasa Pedas Manja Memang Lazat!

Izzati

Recent Posts

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

31 minutes ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

43 minutes ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

1 hour ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

1 hour ago

Resipi Siakap Kengsom Tanpa Minyak, Lengkap Dengan Protein Dan Serat!

Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…

1 hour ago

Tak Perlu Uli Doh! Resipi Pizza Roti Dengan Cheese Meleleh Ini Sesuai Jadi Bekal Anak Ke Sekolah

Resepi pizza roti ini sesuai dijadikan pilihan bekal anak-anak yang ringkas tetapi tetap menyelerakan. Rasanya…

3 hours ago