Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat. Penambahan kangkung memberikan kelainan pada hidangan ini, terutama dengan teksturnya yang rangup dan rasanya yang segar.
Kangkung bukan sekadar pelengkap, malah memberikan kontras tekstur dengan ayam yang digoreng. Rasa pedas dan sedikit masam daripada sambal pula menjadikan gabungan ini lebih menyelerakan.
Untuk mengekalkan tekstur kangkung, masukkan pada peringkat akhir dan gaul sekejap sahaja. Dengan cara ini, kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup apabila dimakan.
Baca juga: Cara Buat Sambal Ayam Stail Orang Dulu, Sambal Pekat Berkilat Buat Makan Bertambah Nasi!
CARA BUAT AYAM SAMBAL KANGKUNG
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 keping asam keping atau asam jawa secukupnya
- Kangkung secukupnya
- 1 sudu kecil garam
- Gula dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
Cara penyediaan:
- Gaulkan ayam dengan 2 sudu besar serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam hingga rata.
- Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Kisar bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Tambahkan air sebanyak 2 hingga 3 kali supaya sambal masak sepenuhnya.
- Masukkan asam keping atau asam jawa. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
- Masukkan ayam goreng dan kangkung. Gaul sekejap sahaja supaya kangkung kekal rangup dan tidak terlalu lembik.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Sumber: Threads @aish4hismail
Baca juga: Rahsia Sambal Ayam Berkuah Pekat & Memikat Selera, Rasa Pedas Manja Memang Lazat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

